KBS ‘When The Camellia Blooms’ cecah dua digit rating tontonan

 

Nampaknya drama terbaru lakonan Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul sememangnya dinantikan para penonton.

Terbaru, drama tersebut telah mencecah 10 % tontonan walaupun baru ditayangkan dalam tiga episode.

 

Berdasarkan data dari Nielsen Korea pada 25 September, drama KBS “When the Camellia Blooms” merekodkan 8.6% tontonan diseluruh Korea pada separuh masa pertama tayangan dan mencecah 10% pada separuh masa berikutnya.

Ini adalah rekod tayangan peribadi terbaru dicatatkan setelah melakar 8.3 % tontonan minggu lepas. Sejak ia ditayangkan untuk slot drama Rabu – Khamis,  “When the Camellia Blooms” telah berjaya catat rekod tayangan peribadi terbaik pada setiap episode.

Drama dari SBS dan MBC yang mengisi slot tayangan sama juga menunjukkan peningkatan jumlah tontonan. SBS “Secret Boutique” merekodkan 4.4% dan 5.0 % tontonan. Manakala MBC “Rookie Historian Goo Hae Ryung,” yang bersiaran sejam awal dari drama SBS dan KBS pula merekodkan 4.0 % dan 6.2 % tontonan.

“When the Camellia Blooms,” “Secret Boutique,” dan “Rookie Historian Goo Hae Ryung” bersiaran setiap Rabu dan Khamis. “Secret Boutique” boleh ditonton disaluran ONE TV Asia Ch 393 pada setiap Khamis dan Jumaat jam 8.15 malam.

Sumber : Naver

loading...