[Terkini] Adik-beradik Akdong Musician (AKMU) sedia tawarkan album terbaru ‘Sailing’ hari ini

Akdong Musician bersedia untuk tawarkan album terbaru ‘Sailing’ hari ini sejak hampir dua tahun tidak beraksi. Akdong Musician yang pernah menggemparkan industri muzik korea sebelum ini dengan penghasilan lagu-lagu tradisional kotemporari yang lain daripada kebiasaan, terpaksa direhatkan sementara berikutan pengrekruitan Lee Chan Hyuk ke dalam latihan khidmat negara.

Dalam sidang media pelancaran album terbaru mereka hari ini, Akdong Musician turut mengumumkan penukarkan nama kumpulan duo mereka kepada ‘AKMU’ serta-merta. Mengulas tentang alasan mereka di atas tindakan sedemikian, adik kepada Lee Chang Hyuk, Lee Su Hyun berkata, “Akdong Musician dihasilkan daripada perkataan cina, ‘rak’ yang membawa maksud menghiburkan manakala ‘dong’ pula bermaksud ‘kanak-kanak’. Kami berdua sudah pun dewasa, jadi kami buang perkataan ‘dong’ tersebut dan digantikan terus dengan ‘AKMU’. Maka, kami bebas untuk berkarya tanpa had di masa akan datang.”

Ditanya apa yang dilakukan oleh Lee Su Hyun sepanjang ketiadaan Lee Chan Hyuk di sisi selama dua tahun, Lee Su Hyun cuba berbagai-bagai alatan muzik baru dan juga mula bergiat aktif sebagai DJ radio. “Kami berbincang bagaimana kami boleh mempertingkatkan halatuju muzik kami setelah kami membesar sekarang. Saya cakap kat abang bahawa saya sedang belajar tentang emosi, bagaimana mahu terjemahkannya dalam lagu,” katanya.

Bercakap tentang album terbaru AKMU, judulnya sudah semestinya berkisarkan tentang pengalaman berlayar yang dikutip oleh Lee Chan Hyuk sewaktu beliau berkhidmat sebagai pegawai marin laut. Bukan saja-saja digelar pemuzik ‘genius’ dalam kalangan mereka yang sebaya dengannya, kesemua lirik lagu ‘Sailing’ ditulis sepenuhnya oleh Lee Chan Hyuk manakala Lee Su Hyun pula menyumbangkan ideanya dalam pembikinan lagu ‘Goodbye’. ‘Sailing’ memuatkan lagu-lagu menarik seperti ‘How to Love You Until I Say Goodbye’ yang pernah digubahnya pada dua tahun lalu di ‘Sumday Festival dan ditukar tajuk kepada ‘How Can I Love The Heartbreak, You’re the One I Love’, seterusnya dijadikan sebagai single utama. Selain itu, ‘Singing Song’, ‘Fish Meets’, ‘Moon’, ‘FREEDOM’, ‘Will Love You’, ‘Whale’, ‘Endless Night’, ‘Goodbye’ dan ‘Let’s Have Time’ juga dimuatkan sekali.

Tidak melatah apabila digesa oleh peminat untuk mengundurkan diri daripada agensi YG, Lee Chan Hyuk memaklumkan tiada apa yang menghalang mereka untuk berkarya dengan baik sepanjang bersama dengan YG selama ini. “Orang yang kerja bersama semuanya baik belaka. Dari pagi sampai ke malam, kami bekerja dan kami gembira dengan hasilnya,” dakwa Lee Chang Hyuk yang memberikan klu AKMU tetap setia berada di bawah naungan YG.

“Ketika berada di atas lautan selama sebulan, saya menggubah lagu-lagu itu atas kapal. Saya tulis liriknya di atas nota dan hafal kesemua melodinya. Saya dapat rasakan pengalaman berlayar di atas bot itu datang dengan sendirinya. Saya fikir kematangan tidak berubah, sebaliknya persekitaran memainkan peranan. Saya bermain muzik bersesuaian dengan usia dan situasi saya, bagaimana soal ‘baligh’ pun seiring dengan perkembangan muzik saya. Dengan pengalaman itulah saya dapat hasilkan album itu, dan saya berharap dapat jumpa lagi perkara baru di masa akan datang ,” kata Lee Chan Hyuk. Selain menggubah lagu, Lee Chan Hyuk juga mengarang novel pertamanya  yang berjudul, ‘The Fish Meets the Water’ dan akan diterbitkan tak lama lagi.

Sumber: chosun ilbo

loading...