Tak cukup dengan konsert? Kang Daniel bawa anda pula mengembara bersamanya di Youtube

Buat peminat Danity khasnya, anda mungkin tidak disia-siakan apabila Kang Daniel bakal mengotakan janjinya dengan beraksi di dalam Vlog kembara untuk beberapa minggu akan datang.

 

 

Vlog yang diberi nama sebagai, “Colorful Daniel” itu akan memulakan siaran pertamanya pada 25 September 2019, hari ini, jam 5.00 petang (waktu Malaysia). Vlog tersebut akan merekod perjalanan aktiviti harian Kang Daniel terutamanya tentang bagaimana beliau memperoleh pengalaman baru ketika menghadapi situasi tak terjangka. Ia juga akan memaparkan temuduga secara peribadi bersama Kang Daniel pada usianya 24 tahun ketika ini.

 

Menurut agensi Konnect Entertainment, “Platform Youtube ini dibuka untuk memfokuskan kepada kehidupan harian Kang Daniel yang ramai tidak tahu lagi.”

Vlog tersebut akan disiarkan setiap hari Rabu secara berkala selama lapan minggu berturut-turut di Youtube Konnect Entertainment. Kang Daniel yang juga telah menyinggah Kuala Lumpur pada 21 September 2019 lepas sehingga diraikan oleh ribuan peminatnya dari pelusuk Malaysia, sudah pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk menyaksikan VLog terbaru ini.

Sumber: mk sport

loading...