Rindu lakonan tak tertahan, Taecyeon kembali dengan drama baru MBC “The Game”

Peminat-peminat abam Taecyeon 2PM , beliau akan kembali menghiasi skrin kecil korang tak lama lagi.

Pada 8 Julai, media melaporkan bahawa Taecyeon akan membintangi drama terbaru MBC “The Game” dan akan membawakan watak sebagai Kim Tae Pyung.

“The Game” merupakan sebuah drama bertemakan misteri melodrama menceritakan tentang  dua orang yang berbeza. Pertama, dia boleh melihat kematian dan individu kedua pula adalah seorang detektif yang kini dalam proses menyiasat kematian misteri serta bagaimana kedua mereka akan bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran.

Drama ini sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada drama tvN “Black” lakonan Go Ara dan Song Seung Hoon. Dalam drama tersebut, Go Ara merupakan orang yang boleh melihat kematian, manakala Song Seung Hoon pula adalah seorang malaikat maut yang mengambil tubuh seorang anggota polis. Bagaimanapun keduanya bekerjasama menyelamatkan mereka yang bakal mati.

Karakter Taecyeon sebagai Kim Tae Pyung adalah seorang yang dikurniakan keistimewaan untuk melihat kematian orang lain namun apabila bertemu dengan detektif Joon Young, beliau ianya seakan pelik dan misteri. Kes kematian yang disiasat detektif tersebut merupakan satu-satunya kematian yang Kim Tae Pyung tidak dapat lihat menerusi mata istimewanya.

Ini merupakan drama pertama Taecyeon dalam tempoh 3 tahun selepas drama OCN “Save Me” (2017). Beliau turut menjalani khidmat ketenteraan dalam tahun yang sama dan selepas berkhidmat lebih kurang 20 bulan, beliau berjaya menamatkannya pada Mei lepas.

“The Game” adalah sebuah drama ciptaan  PD Jang Jun Ho (Time, Begin Again) dan penulis Lee Ji Hyo  (King of Dramas). Drama ini bakal bersiaran  selepas drama “People With Flaws” berakhir pada Januari 2020 depan.

Jangan lupa saksikan drama terbaru lakonan Taecyeon ini nanti ya!

Sumber : sports.donga |

loading...