Oh!K terbangkan Sung Hoon ke Malaysia untuk raikan ulangtahun ke-5 mereka bersama peminat!

Malaysia, 19 September 2019 – Sempena menyambut ulangtahun ke-5 Oh!K, pihak Oh!K dan Astro berbesar hati untuk menjemput host rancangan variety popular ‘I Live Alone’, iaitu Sung Hoon ke Malaysia pada 19 Oktober (Sabtu), bertempat di 1 Utama Shopping Centre bermula dari jam 5 petang untuk sesi beramah mesra dan bertemu peminat. Pastinya acara ini akan menawarkan pengalaman yang bermakna termasuk sesi bergambar secara berkumpulan dan berpeluang untuk hi-touch bersama selebriti pujaan ramai ini.

Sung Hoon mula mencuri perhatian peminat dengan watak debutnya dalam sebuah drama romantik ‘New Tales of Gisaeng’. Menerusi watak tersebut, Sung Hoon telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Baru Terbaik (Best New Actor) pada 2011, dan sejak itu beliau telah memengangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Penghibur Terbaik (Best Entertainer Award) di  2nd Asia Artist Awards, dan  Bintang Model Korea (Korean Model Star) di 13th Asia Model Awards. Terkini, Sung Hoon merupakan antara peserta utama dalam rancangan variety popular di Korea, ‘I Live Alone’ yang ditayangkan di Oh!K (Astro Channel 394).

Sung Hoon juga akan tampil secara langsung menerusi sesi Facebook live di Facebook page Oh!K  pada hari yang sama (19 Oktober) lebih kurang pada jam 1 petang, di mana selebriti tersebut akan berkongsi pengalamannya di Malaysia. Disamping itu, Sung Hoon juga akan menjawab beberapa soalan daripada peminatnya.

Jika Facebook Live tidak memadai, 300 pertama dari kalangan pelanggan Astro yang tiba di 1 Utama pada 19 October, dari jam 1.00 petang sehingga 4.45 petang, dengan bil akaun Astro yang terkini, anda berpeluang untuk membawa pulang barangan Sung Hoon edisi terhad!

Selain daripada lawatan istimewa daripada Sung Hoon, saluran TV hiburan Korea itu menawarkan peluang istimewa sempena hari ulangtahun mereka seperti peluang menyertai acara meet-and-greet dan memiliki barangan edisi terhad Sung Hoon. Jika anda ingin mengalami K-experience ini secara eksklusif, sila layari www.ohk-tv.com/birthday.

Bengkel dan Pertandingan Tarian K-Dance

Sempena ulangtahun Oh!K yang ke-5 ini juga, peminat-peminat Korea (K-fans) boleh menonton persembahan K-dance yang bertenaga selain boleh juga turut serta dalam bengkel tarian secara percuma oleh KTNK Dance Academy di 1 Utama Shopping Centre bermula 17 sehingga 20 Oktober. Semasa bengkel tarian dijalankan, peminat juga berpeluang menjalani latihan tarian secara menyeluruh dan mempelajari beberapa gerakan tarian K-Pop yang memukau.

Jika anda memiliki kumpulan tarian yang bertenaga serta lengkap dengan skill tarian yang hebat dan ingin mencuba nasib, anda boleh menyertai K-Pop Dance Stars Competition yang akan dianjurkan oleh KTNK Dance Academy, pada 19 Oktober bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Siapa sangka anda dan kumpulan akan dinobatkan sebagai Bintang K-Pop Malaysia yang seterusnya dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000. Inilah peluang untuk memperkenalkan serta menilai kemampuan kumpulan anda beraksi di hadapan ramai.

Oh! K dan Astro juga telah bekerjasama untuk melancarkan ‘Pop & Watch’ yang akan menayangkan beberapa rancangan popular yang pernah disiarkan menerusi Oh! K. Oh!K ‘Pop & Watch’ boleh ditonton menerusi Astro Ria HD (CH 104 / HD CH 123), Astro Prima (CH 105 / HD CH 121), dan Hello (CH 110) dari 21 September hingga 20 Oktober untuk semua pelanggan Astro.

Lawatan Sung Hoon ke Malaysia adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun Oh! K ke-5, dengan kerjasama Astro, dan dengan bangganya ditaja oleh Nivea Micellar Water.

https://www.facebook.com/OhkTVAsia/videos/502171120575513/

Anda boleh layari www.ohk-tv.com/birthday dan Facebook rasmi  the Oh!K untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun yang ke-5 disamping peluang untuk bertemu dengan Sung Hoon. Untuk menonton lebih Sung Hoon, teruskan bersama Oh!K di Astro Ch 394 dan temuinya dalam marathon edisi khas setiap Sabtu, jam 10.50 malam sepanjang Oktober in.

Untuk pelanggan ASTRO yang ingin melanggan Oh!K, sila lawati Ch 200.

                                                                     Oh!K’s 5th Anniversary Roadshow

       Time                   Key Event Timings on 19 th October 2019

11am – 4pm

K-pop Dance Stars Competition

Join an epic dance competition as teams compete to bring home a total of RM5,000 in cash prizes.

Aspiring groups and individuals can find out more about the competition at www.facebook.com/ktnkdanceacademy or send their enquiries via whatsup@ktnkdanceacademy.com between 19 September – 15 October

 

1pm – 4.45pm

 

Sung Hoon Merchandise Redemption

Be one of the first 300 Astro customers to show up with your latest bill to take home limited edition Sung Hoon merchandise! Redemption will be on a first come, first served basis.

4pm – 5pm

Stage Giveaways

Stand a chance to score exclusive gifts from stage giveaways!

               5pm– 6.30pm

Sung Hoon’s Fan Meet

Sung Hoon is all set to celebrate Oh!K’s 5th birthday with fans. This is a public event, so do show up to cheer for your Oppa as he makes his appearance!

Jadi, kepada peminat Sung Hoon khasnya, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Teruskan menonton rancangan-rancangan hiburan Korea di Oh!K Ch 394.