“Kkondae Intern” bawa tuah Daesang buat Park Hae Jin buat pertama kali di 2020 MBC Drama Awards

Image may contain: 3 people, people standing

Kali ini MBC Drama Awards 2020 telah diadakan pada 30 Disember bertempat di MBC Media Center, Seoul. Anugerah gilang gemilang ini baru sahaja melabuhkan tirainya dalam keadaan norma baharu ekoran pandemik Covid-19 yang masih lagi aktif. Kali ini, ia masih lagi dihoskan oleh Kim Sung Joo dan dibantu oleh Youngtak. MBC Drama Awards adalah satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya sepanjang tahun 2020.

Apa yang menariknya, tahun ini Oh!K TV Asia telah berbesar hati untuk menyiarkkannya secara langsung menerusi Astro Ch 394. Jadi, secara tidak langsung ia memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk merasai  serta menikmati perjalanan anugerah yang berprestij ini. Kepada yang terlepas peluang ini boleh tonton siaran ulangan pada esok, 31 Disember jam 4.40 petang.

Tidak disangka Park Hae Jin berjaya merangkul anugerah utama atau Daesang buat pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun sejak bergelar pelakon menerusi drama “Kkondae Intern”. Drama “Kkondae Intern” adalah drama pertamanya dalam tempoh tiga tahun dan percaturannya untuk menerima tawaran tidak sia-sia apabila Daesang menjadi miliknya. Dalam pada itu, drama itu juga telah dipilih sebagai Drama of The Year. Park Hae Jin berjaya membawakan watak Yeol Chan dengan baik disamping berjaya mempamerkan skill komedi yang membuatkan ianya ‘well blended with the character‘ dan on point. Bukan selalu kita dapat saksikan Park Hae Jin membawakan watak komedi kerana biasanya dia lebih kepada watak yang serius dan misteri.

Park Hae Jin dalam ucapannya menzahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja “Kkondae Intern”. “Drama ini adalah satu projek yang penuh kegembiraan. Saya sentiasa bersemangat untuk ke set penggambaraan setiap hari. Terima kasih kepada seluruh pelakon dan tenaga kerja drama ini, kerana tanpa anda semua, saya tidak akan berdiri di sini. Anugerah ini saya dedikasikan buat Kim Eung Soo yang sangat saya hargai kerana telah banyak membantu saya. Saya tidak pasti jika saya mampu untuk memenangi anugerah ini lagi sepanjang hidup saya. Jika saya boleh menukar anugerah ini dengan satu permintaan, saya ingin menukarnya untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih bermakna. Pandemik Covid-19 memberi kesan besar pada kita semua, tetapi kita perlu juga bergembira”.

“Kkondae Intern”  mengambil latarbelakang situasi dipejabat dan bertemakan komedi, ‘bromance’ serta penuh drama. Ia menceritakan seorang bekas pekerja yang melakukan ‘sweet revenge’ terhadap bekas majikannya. Bekas majikannya kini menjadi pekerja bawahannya dan mereka terpaksa bekerja bersama. “Kkondae Intern” dibintangi oleh Park Hae Jin, Kim Eung Soo yang juga telah memenangi Top Excellence Award Actor, Han Ji Eun, Park Ki Woong, Kim Sun Young yang telah memenangi Best Supporting Actress dan ramai lagi.

Drama “Kairos” yang baru sahaja tamat tayangannya turut merangkul tiga anugerah antaranya Top Excellence Actor menerusi bintang utamanya iaitu Shin Sung Rok, Excellence Award Actress menerusi Nam Gyu Ri dan Best New Actor menerusi Ah Bo Hyun.

Sungguhpun begitu ada beberapa kategori yang tidak diumumkan pemenangnya seperti setiap tahun. Penulis beranggapan, mungkin ini ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan ia memberi kesan kepada semua individu. Oleh itu, pihak MBC hanya mengambil kira kategori yang dirasakan perlu diberikan pengiktirafan. Apapun, tahniah dan syabas di atas segala hasil kerja semua pelakon dan tenaga produksi yang terlibat.

Jom semak senarai penuh pemenang MBC Drama Awards 2020

Daesang (Grand Prize)
Park Hae Jin (Kkonde Intern)

Drama of the Year:
Kkondae Intern

Best Couple:
Kim Dong Wook, Moon Ga Young (Find Me in Your Memory)

Top Excellence Award (Wednesday-Thursday Miniseries)
Kim Eung Soo (Kkondae Intern)
Lim Soo Hyang (When I Was The Most Beautiful)

Top Excellence Award (Monday-Tuesday Miniseries)
Shin Sung Rok (Kairos)
Nam Ji Hyun (365 : Repeat The Year)

Excellence Award (Wednesday-Thursday Miniseries)
Lim Ju Hwan (The Spies Who Love Me)
Kim Seul Gi (Find Me in Your Memory)

Excellence Award (Monday-Tuesday Miniseries)
Lee Joon Hyuk (365 : Repeat The Year)
Nam Gyu Ri (Kairos)

Golden Acting in Daily Drama
Shim Yi Young (My Wonderful Life)

Best Supporting Actress 
Kim Sun Young (Kkonde Intern)

Best Supporting Actor
Lee Sung Wook (365 : Repeat The Year)

Best New Actress:
Kim Hye Jun (Chip In)

Best New Actor:
Ah Bo Hyun (Kairos)

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : mk.star | twitter PHJPH

loading...