“So Long” Paul Kim dari Hotel del Luna ditabalkan lagu OST Korea paling popular sejak lagu Ailee nyanyikan untuk OST Goblin

Setelah merajai kedudukan carta digital Gaon sejak tiga minggu berturut-turut dan empat minggu secara keseluruhan, “So Long” dendangan Paul Kim untuk OST Hotel del Luna dikatakan bakal memintas populariti yang dikecapi oleh lagu yang Ailee nyanyikan untuk OST Goblin, “I’ll Go To You” pada tahun 2017.

Ia mengambil masa sehingga tahun 2019 untuk Paul Kim mencapai rekod sedemikian yang dipegang oleh Ailee yang acapkali digelar sebagai ratu balada OST drama korea. Ailee berjaya kekal di kedudukan no.1 carta digital Gaon selama tiga minggu berturut-turut, begitu juga apa yang dicapai oleh Paul Kim. Untuk rekod carta Gaon pada minggu ini, “So Long” masih mendominasi carta Streaming walaupun telah menurun kedudukannya di carta Download pada posisi no.5.

Disebabkan populariti OST Hotel del Luna itu, Paul Kim dipanggil untuk mempersembahkannya di beberapa gig dan konsert skala kecil secara terbuka. Malah, beliau turut juga muncul sebagai tetamu jemputan untuk  jtbc ‘Begin Again’ musim ke-3 sewaktu bertandang ke Berlin, Jerman bersama krew program.

Sementara itu, album “Quantum Leap” oleh X1 masih kekal di tangga pertama carta Album Gaon untuk tiga minggu berturut-turut menyamai pencapaian dibuat oleh BTS menerusi “Map of The Soul : Persona” dan Seventeen menerusi “You Made My Dawn” pada tahun 2019. Setakat ini, album debut X1 ini telah meraih jualan sebanyak 550,000 unit, menurut data Hanteo di samping kumpulan tersebut masih memenangi persembahan muzik mingguan untuk beberapa kali.

Sumber: soompi, IS plus, top star news

loading...