Dibenar keluar bercuti kejap, Hwang Minhyun NUEST & Lee Daehwi AB6ix temani Yoon Ji Sung di kaki panggung teater

Persahabatan ketiga-tiga bekas ahli Wanna One ini masih utuh belaka.

Walaupun Yoon Ji Sung tak dapat menyertai perjumpaan ulang tahun Wanna One pada 7 Ogos 2019 lepas kerana tuntutan menjalani latihan khidmat tentera, namun kedua-dua sahabat daripada Wanna One itu yang masing-masing sudah mempunyai kumpulan kpop dianggotai mereka tersendiri, Hwang Minhyun dan Lee Daehwi masih tidak melupakan ‘abang angkat’ mereka tersebut.

Hwang Minhyun dan Lee Daehwi dilihat menemani Yoon Ji Sung sehingga di kaki panggung teater bagi menonton teater muzikal ‘Marie Antoniette‘ yang dipersembahkan oleh Hwang Minhyun sendiri, sempena hari cuti ‘Chuseok’-nya.  Yoon Ji Sung yang terharu dengan kehadiran mereka untuk bergambar bersama-sama itu seraya berkata, “Aku sayangi korang,” dititipkannya di dalam laman instagram-nya.

Yoon Ji Sung akan menghabiskan latihan khidmat negara sehingga seawal-awalnya pada awal tahun 2021.

Sumber: heraldpop

loading...