Son Dongpyo berdepan dengan kritikan ‘KNETZ’ kerana pamerkan aksi kurang matang!

Antara ahli termuda kumpulan X1 dan dikenali dengan kekatikannya, Son Dongpyo kini berdepan serta menerima kritikan dari netizen Korea (KNetz) kerana telah mempamerkan sikap yang kurang sopan. Beberapa aksi telah sempat dirakam ketika dibelakang tabir pengambaran muzik video Flash dan kemuncaknya ketika X1 dijemput sebagai tetamu untuk rancangan “Idol Room”. Rata-rata KNetz berpendapat Son Dongpyo ini memperlihatkan sikap yang kurang sopan pada ahli-ahli kumpulannya yang lebih tua.

Contoh aksi kurang matang Dongpyo yang pertama ketika dia menolak Cho Seungyoun dengan kasar ketika Cho Seungyoun cuba untuk memeluknya. Ini sesuatu yang kurang sopan kerana Dongpyo lebih muda dari Seungyoun.

Dia kemudian mengelak ketika ketua kumpulan, Han Seungwoo cuba untuk menyentuhnya. Sedangkan, hubungan keduanya sangat rapat.

Kemudian boleh dilihat sikap kurang matang Dongpyo dalam rancangan “Idol Room”. Ketika rancangan itu berlangsung, Dongpyo dilihat bercakap begitu kasual dengan hostnya iaitu Jung Hyungdon dan Defconn seolah-olah Dongpyo telah lama berkenalan dengan mereka walhal belumpun setahun jagung lagi dalam dunia hiburan ini. Tahap kesabaran Jung Hyungdon nampaknya sampai kemuncak apabila dia menjerit :

Dongpyo-yah! Sila beri perhatian kepada persekitaran anda!

— Jung Hyungdong

KNETZ juga turut menyatakan pendirian masing-masing berhubung perkara ini.

Saya rasa tidak selesa ketika menonton Idol Room disebabkan Dongpyo. Saya harap dia kan beri perhatian kepada kata-kata dan ekpressinya..

— Netizen Korea

Dah banyak perkara telah didedahkan dan memang layak dia dikritik. Saya cuma rasa dia kurang rasa sensitiviti dan perlu ubah personalitinya dengan kadar segera. 

— Netizen Korea

Namun, dalam pada itu, ada sesetengah KNETZ menyatakan sokongan serta memahami keadaan Dongpyo

 

Seriuslah? Seorang lelaki yang hanya berusia 18 tahun boleh melakukan kesilapan. Ada tak sesiapa yang diusia 18 tahun boleh buat keputusan dengan baik?

— Netizen Korea

Bila korang menulis sesuatu di internet atau beri komen, sila nyatakan perkara-perkara tanpa menyentuh sesiapun. tulislah secara terbuka. 

— Netizen Korea

Apa pendapat korang berkenaan pasal ni? Kalau nak terus berada dalam dunia hiburan unyuk jangka masa yang lama, Son Dongpyo memang perlu ubah sikap. Kalau susah sangat, ucapkan selamat tinggal sajalah.

Baiklah, jom tonton aksi belakang tabir pembikinan muzik video Flash yang ada tindakan kurang matang Dongpyo.

Sumber : NATE | Koreaboo

loading...
Tagged: