Biarpun 2 tahun menyepi dari dunia lakonan, ketampanan Kim Soo Hyun dalam “Hotel Del Luna” tak pernah hilang

Setelah 2 tahun menyepi dari dunia lakonan, nampaknya Kim Soo Hyun kembali memanaskan aura lakonannya dengan membuat penampilan istimewa untuk drama popular tvN “Hotel Del Luna”. Apa yang menarik, wajah terbarunya selepas menamatkan khidmat tentera menyerlahkan lagi ketampanannya.

Pada 12 September, agensi Kim Soo Hyun; Keyeast telah berkongsi beberapa keping gambar disebalik pengambaran pelakon itu di set lokasi drama “Hotel Del Luna” . Kelihatan juga pelakon tersebut sedang memantau lakonannya bersama pengarah Oh Choong Hwan. Kim Soo Hyun telah membuat penampilan khas buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Telah didedahkan kepada umum bahawa Kim Soo Hyun setuju untuk membuat penampilan di episode terakhir drama tersebut untuk menunjukkan tanda sokongannya kepada pengarah dan juga IU. Dia pernah bekerja bersama pengarah berkenaan (Oh Choong Hwan) menerusi drama “My Love From the Star” manakala pernah bergandingan bersama IU dalam drama “Dream High” dan “The Producers.” Yeo Jin Goo pula pernah melakonkan wataknya ketika muda sebagai Lee Hwon ketika muda dalam drama “The Moon Embraces The Sun.”

Kim Soo Hyun muncul dalam babak terakhir “Hotel Del Luna” sebagai pemilik hotel yang baru “Hotel Blue Moon.” Penampilannya yang cuma seketika itu telah mencetuskan fenomena dikalangan para penonton dan berharap agar drama tersebut akan kembali untuk musim kedua dengan Kim Soo Hyun sebagai teraju utama. Bagaimanapun tiada sebarang pernyataan rasmi dari pihak tvN berhubung perkara ini dan ramai yang menantikan jawapan yang positif kerana permintaan untuk sekuel kedua amatlah tinggi.

Kim Soo Hyun telahpun tamat jalani khidmat wajib tenteranya pada 1 Julai lepas dan kini sedang meninjau tawaran lakonan yang berpotensi untuknya kembali ke dalam bidang lakonan.

sumber : nocutnews

loading...