Yoo Jae Hwan, penyanyi dan juga komposer, mengejutkan netizen hari ini apabila beliau memuatnaik foto terbarunya di laman instagramnya dengan mempamerkan penampilannya sekarang yang ternyata berbeza berbanding sebelum ini.
Yoo Jae Hwan berkata, “Saya bersyukur tiba-tiba nama naik di dalam carta carian Naver. Saya pernah dua kali menyertai ‘King of Masked Singer’, dan saya takkan lupakan pengalaman itu. Yeah! Saya sudah berjanji empat tahun lalu. Kini, saya boleh keluar dengan penuh keyakinan. Tanggalkan topeng ‘Yoo Jae Hwan’ yang lama, gantikan dengan yang ini.”
Menurut laporan diterima oleh media, berat badannya telah menyusut sebanyak 32kg berbanding 104kg sebelum ini. Foto terbarunya itu menerima pujian daripada netizen kerana usaha gigihnya itu telah membuahkan hasil walaupun mengambil masa yang agak lama. Kemudian, Yoo Jae Hwan turut menyingkap kembali foto-foto lamanya sambil berkata, “Yoo Jae Hwan ini masih sama sebelum kehilangan berat badan.”
Ditanya kenapa beliau begitu tekad untuk berbuat demikian, Yoo Jae Hwan mengakui beliau mengalami berbagai-bagai penyakit seperti gout, Pengherniaan cakera spina (‘slipped disk’), gangguan panik, refluks gastroesofagus (‘reflux esophagitis’), usus tak lancar, darah tinggi, sakit kepala dan sakit lutut. Sambil berjaya mengekalkan diet sihat, Yoo Jae Hwan boleh dikatakan telah pun hampir sembuh daripada kesemua penyakit yang pernah dialaminya sebelum ini.
Yoo Jae Hwan pernah muncul di dalam rancangan realiti tv, MBC ‘Inifinite Challege’ dan juga KBS ‘The of Masked Singer’.
Sumber: spottvnews , instagram