Kang Daniel tundukkan NCT127, Ong Seung Wu, OneUS, BTS & lain-lain raih jualan album terlaris minggu ini

Kang Daniel telah membuktikan apa yang diraihnya sebelum ini bukanlah khayalan semata-mata. Dalam menghadapi persaingan dengan beberapa kumpulan kpop lain, Kang Daniel berjaya memastikan jualan album paling laris di Korea pada minggu pertama pelancaran album, tetap di tangannya.

Menerusi album solo keduanya, ia telah merekodkan jualan sebanyak 238,167 unit di dalam seminggu sejak dilancarkan pada 24 Mac 2020 sekaligus mencipta rekod jualan album solo terlaris di Korea dan juga keempat terlaris secara keseluruhan untuk tahun 2020. Jualan album CYAN turut menundukkan penyandang no.1 sebelum ini iaitu “NCT 127# : Neo Zone: ” oleh NCT, bekas rakan seperjuangan di dalam Wanna One iaitu “Layers” oleh Ong Seung Wu, kumpulan kpop baru hendak dikenali iaitu “In Its Time” oleh ONEUs dan juga “Map of The Soul 7” oleh BTS mengikut turutan. NCT dan BTS masing-masing berada di dalam minggu keempat dan keenam di dalam carta album Gaon memastikan penguasaan mereka di dalam top 10 album terlaris di Korea untuk sekian lamanya.

Album CYAN mengandungi lima buah lagu iaitu “Adulthood”, “Jealous”, “Interview”, “Touchin’ dengan “2U” dijadikan sebagai single utama. Bagi mempromosikan album ini, Kang Daniel telah mengadakan persembahan di beberapa ‘showcase’ dan ‘music shows’, antaranya Mnet M Countdown dan KBS Music Bank.

Sementara itu, penyanyi baru, Gaho, berjaya kekal di kedudukan no.1 untuk rekod single paling laris di dalam dua minggu berturut-turut. Beliau berjaya menundukkan penguasaan Zico menerusi lagu hit-nya, ‘Any Song’ dan  IU menerusi ‘Blueming’ yang masih kekal di dalam top 5 carta digital single Gaon selama berminggu-minggu. Single dendangannya, ‘Start Over’ dimuatkan sebagai runut lagu untuk OST drama jtbc Itaewon Class.

Sumber: gaon, hanteo

loading...