3 selebriti terkenal ini terang-terang mengaku pernah memendam perasaan terhadap Lee Ji Eun IU

Sesiapa pun mudah terpikat dengan peribadi yang ditonjolkan idol IU atau nama sebenarnya, Lee Ji Eun yakni pelakon yang pernah tercalon Best Actress CARI Kdrama Awards sebelum ini. Lagi-lagi drama tvN Hotel Del Luna juga menonjolkan persona ‘tsundre’ terhadap IU, sesuatu garapan perwatakan yang sangat-sangat diidam-idamkan bagi sebilangan lelaki yang mahukan cabaran dalam bercinta.

Di sebalik luar tadbir, IU dikenali dengan kecomelannya, kepetahan bercakap, bakat sebagai anak seni serta pergaulannya bersama peminat. Masakan media tak serik-serik menggelarkannya, Negara Ini Punya Adik Perempuan (“Nation Little’s Sister”) menunjukkan betapa sayangnya mereka terhadapnya. Sudah semestinya ramai kalangan selebriti mungkin pernah terjatuh hati dengan penyanyi yang memiliki mata bundar ini tetapi tak berani berbuat demikian. Tetapi ternyata tidak buat tiga selebriti di bawah sanggup mempertaruhkan kerjaya (mungkin) memberitahu isihati mereka terang-terang terhadap IU di hadapan peminat mereka.

1. Huang Zitao

 

1. Jungkook BTS

Jeon Jungkook atau dikenali sebagai Jungkook tak pernah malu menyatakan bahawa dia sememangnya menyukai IU secara terang-terang.  Apabila ditanya siapakah wanita idealnya di dalam rancangan realiti tv Flower Crew, Jungkook menamakan orang itu ialah IU.  Malah, Jungkook juga beberapa kali dilihat cuba mendampingi IU meskipun tidak bersemuka dengan IU bersaksikan orang ramai. Contohnya, peminat sempat menangkap kelibat Jungkook sanggup duduk di kerusi penonton semata-mata untuk menyaksikan persembahan solo IU walaupun dia perlu bersedia untuk melakukan persembahan bersama BTS kemudian.

“Aku bersorak untuk kawan kepada Jin Goo, Jungkook,” kata Jungkook seperti tertera

Baru-baru ini juga, Jungkook telah menghantar trak kopi kepada krew drama tvN ‘Hotel del Luna’ yang ditujukan khas buat Yeo Jin Goo, diakui sebagai teman rapatnya dan sebaya dengan dirinya. Walaupun Jungkook tidak menamakan IU langsung dalam poskad yang dikirimnya itu barangkali untuk mengelakkan sebarang gosip liar, peminat beranggapan trak kofi itu ditujukan secara diam-diam untuk memikat hati wanita yang di’sukai’nya itu. IU berlakon bersama Yeo Jin Goo di dalam drama tvN Hotel del Luna.

Sumber: sport mk, koreaboo

2. Joe Taslim

Joe Taslim, pelakon aksi filem Indonesia The Raid ini terpikat dengan IU setelah mendengar lagu nyanyiannya bersama Sam Kim, ‘When You Fall’ dengan mengamati setiap bait-bait lirik yang dinukilkan oleh penyanyi itu. Dia juga sempat menanyakan warga netizen apakah karya IU yang perlu ditonton olehnya sementara menunggu untuk menyaksikan sendiri konsert solo IU di Indonesia, yang mana dia kemudiannya dibalas oleh netizen dengan drama tvN My Mister.

Walaubagaimanapun, Joe Taslim sudah pun berkahwin dan memiliki tiga orang anak. Sampaikan orang yang sudah berkahwin pun berani beritahu dia sukakan IU secara terbuka!

Sumber: tribunnews

3. Jinu WINNER

Jinwoo atau dikenali sebagai Jinu daripada kumpulan WINNER mengagumi IU sehinggakan dia mahu berlakon dan menyanyi di samping IU. Ketika menjadi tetamu deejay radio FM4U, Jinu ditanya siapakah dia mahu bekerja bersama dengannya. Jinu kemudiannya menjawab, “Aku betul-betul sukakan IU. Aku suka lagunya. Dramanya (Hotel Del Luna) juga bagus dan aku akan tunggu sampai habis episod, baru aku tengok kesemuanya.”

Tambahnya lagi, “IU, aku dengar kau berkawan baik dengan Mino (Song Mino) dan ianya buat aku tersangat cemburu. Aku nak sangat berjumpa denganmu di luar waktu kita bekerja… Keluar makan bersama-sama ke?”

Jinu dikatakan terlepas cakap dan hanya ketawa apabila menyedarinya kemudian.

Sumber: sbs news

Beberapa selebriti kpop lain juga seperti Yoseob HIGHLIGHT dan Kim Soo Hyun dilihat tidak menafikan mereka terjatuh cinta dengan IU walaupun tidak pernah mengakuinya sendiri. Malah, Lee Jung Ki pun sanggup memunculkan diri dalam rancangan realiti tv semata-mata kerana dipanggil oleh IU dan Kim Soo Hyun juga pernah menghadiahkan IU trak trofi menunjukkan komitmen mereka mungkin lebih sekadar teman rapat. Lee Jung Ki dan Kim Soo Hyun pernah berlakon bersama-sama IU masing-masing di dalam drama SBS Scarlet Heart dan KBS The Producers.

loading...