Merayu peminat untuk lukiskan ‘Simpson’ buatnya, Taehyung BTS telah raih perhatian produser The Simpsons sebenar

Sepanjang cuti rehatnya yang lalu, Taehyung BTS telah meminta sesuatu daripada peminatnya dalam kalangan Army untuk melukiskan karakter ‘Simpson’ yang sinonim dengannya.

 

Taehyung BTS membuat permintaan tersebut menerusi akuan Weverse dan berjanji akan membingkaikannya untuk kegunaan sendiri. Ribuan peminat Army turut serta mempersembahkan kreativiti dan hasil seni masing-masing sejak 15 Ogos 2019 lalu.

Namun yang mengejutkan mereka apabila produser dan penulis skrip siri kartun popular itu berkenan untuk menunaikan permintaan Army sendiri. Pengakuan itu dibuat oleh AlJean menerusi akaun rasminya dengan berkata, “Perhatian Army BTS, tiada jaminan tetapi saya akan cuba.”

Siri “The Simpsons” dikenali dalam mengutarakan isu sosial semasa dalam episod-episod ditayangkan saban minggu dan kehadiran karakter ‘BTS’ di dalamnya pastinya menggamit perhatian Army terutamanya, tentang isu apakah bakal dimainkan oleh karakter tersebut.

Sumber: newsen , twitter AlJean

loading...