Wanna One Raih Kemenangan Ke-7 Menerusi Energetic

Wanna One yang telah dipilih untuk debut melalui program Produce 101 Season 2 kini semakin menonjol dan semakin dikenali. Boleh dikategorikan juga sebagai ‘Hot Stuff’. Wanna One dianggotai oleh  Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo-jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young and Ha Sung Woon. Kumpulan ini debut pada 7 Ogos yang lalu dan akan mempromosi kumpulan tersebut sehingga 30 Disember 2018 di bawah pengurusan YMC Entertainment dan CJ E&M.

Wanna One yang semakin meningkat naik dengan lagu baru mereka ‘Energetic’ telah merangkul kemenangan yang ketujuh pada 23 Ogos yang lalu di rancangan muzik Show Champion. Ini juga merupakan kali kedua lagu tersebut menang dirancangan yang sama. Kemenangan mereka ini telah menewaskan persembahan Red Velvet’s “Red Flavor,” EXO’s “Ko Ko Bop,” GFRIEND’s “Love Whisper,” dan WINNER’s “LOVE ME LOVE ME”.

Antara program muzik lain yang telah mereka takluki dengan lagu ‘Energetic’ adalah M Countdown, Music Bank, Show! Music Core, Inkigayo dan The Show. Selain itu, kumpulan ini juga sedang mempromosikan single lain seperti ‘Burn It Up’. Dapat disimpulkan personaliti mereka, tarian yang hebat serta penangan dari siri Produce 101 S2 menjadikan mereka kini giat mengorak langkah dalam industri dan membuktikan bahawa mereka bukanlah picisan. Dengan itu mereka kini telah memiliki ramai peminat dari segenap usia.

Ikuti video klip ‘Energetic’ yang bertenaga dari Wanna One

Terkini, kumpulan Wanna One telah menyertai rancangan Saturday Night Live Korea musim ke-9  (SNL Korea 9) melalui siri pendek ‘3 Minutes Boyfriend’. Segmen tersebut telah memikat hati penonton kerana kesemua ahli Wanna One berjaya mempersembahkan lakonan yang bersahaja. Dikhabarkan pengurusan SNL 9 sangat berpuas hati dengan hasil mereka dan Wanna One akan dipanggil lagi untuk topik lain.

Nantikan kupasan ringkas 3 Minutes Boyfriend lakonan Wanna One.

loading...