Sebagai tanda sokongan buat kekasih hati, Kim Woo Bin kirim ‘coffee truck’ beserta kata semangat buat Shin Min Ah!

Lama tidak mendengar mengenai pasangan kekasih Kim Woo Bin dan Shin Min Ah. Terbaru, Kim Woo Bin telah mengirimkan ‘coffee truck’ ke set pengambaran drama “Chief of Staff” sebagai tanda sokongan terhadap kekasih hatinya, Shin Min Ah.

Pemilik perniagaan ‘coffee truck’ iaitu Support Truck telah memuat naik gambar tersebut menerusi akaun Instagram milik mereka. Sebuah ‘coffee truck’ yang dilengkapi dengan minuman sejuk beserta pencuci mulut macarons telah dikirimkan kepada Shin Min Ah. Antara isi kandungan perkongsian oleh Support Truck adalah “Sebuah trak kopi sebagai tanda sokongan ikhlas dari Kim Woo Bin telah tiba di set pengambaran ‘Chief of Staff’ buat kesemua para pelakon dan krew produksi. Kim Woo Bin juga menulis dengan sendirinya mesej yang berbunyi “Saya menyokong semua pelakon dan krew ‘Chief of Staff’ terutamanya Shin Min Ah,”. Krew Support Truck juga turut berkongsi menyatakan bahawa mereka mendengar yang Shin Min Ah begitu terharu dan gembira tatkala membaca mesej di trak tersebut. Kesemua yang berada diset pengambaran juga dikatakan cemburu dengan kiriman ‘coffee truck’ dengan mesej ‘sweet’ dari Kim Woo Bin itu. 

https://www.instagram.com/p/B1C6fWEJnvU/

Shin Min Ah sedang menjalani pengambaran musim kedua drama JTBC “Chief of Staff” atau “Aide”. Manakala Kim Woo Bin pula menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap proses pemulihan kesihatan setelah didiagnosis dengan kanser hidung pada Mei 2017. Kedua-dua mereka pertama kali bertemu pada Julai 2015 semasa pengambaran sebuah iklan.

Musim kedua JTBC “Chief of Staff” dijangka akan disiarkan dirangkaian tersebut pada pertengahan November depan. Apapun, semoga Shin Min Ah dapat menyelesaikan pengambaran dengan baik dan semoga Kim Woo Bin kembali sihat serta kembali berlakon kerana pastinya ramai peminat merindui kemunculan semula beliau.

Sumber : OSEN

loading...