Netizen ‘serang’ Seulong 2AM kerana dikatakan punca Kang Daniel bertemu dengan Jihyo TWICE

Im Seulong 2AM diserang oleh sebilangan peminat kedua-dua selebriti, Kang Daniel dan Jihyo kerana dikatakan sebagai punca mereka boleh bersemuka sesama sendiri sehingga menyebabkan mereka saling berkasih-kasihan.

Serangan itu berlaku susulan laporan daripada SpoTV News yang mengatakan Im Seulong ialah penyanyi idola senior yang memperkenalkan Jihyo kepada Kang Daniel. Im Seulong dan Jihyo pernah bersama-sama menjadi pelatih selama dua hingga tiga tahun di dalam JYP Entertainment manakala Kang Daniel pula pernah mengaku bahawa Im Seulong ialah penyanyi idola senior yang disanjungi dan dipercayainya.

Gambar dikreditkan pada MoneyS

Antara yang menjadi tempat peminat untuk melepaskan geram mereka termasuklah instagram Im Seulong dengan kata-kata nista yang dilemparkan kepadanya. Seorang netizen berkata, “Kenapa kau pertemukan mereka berdua? Moga kau dilenyapkan terus.”

Semalam, Kang Daniel menukilkan luahannya di laman ‘fancafe’ dengan permohonan maaf serta penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh mereka selama ini. Tujuannya adalah untuk meredakan ketegangan berlaku akibat sesetengah peminat yang tidak boleh lagi menerima hakikat tersebut.

Sumber: money today , spot tv news

loading...