Diheret kecaman berterusan, Konnect Entertainment terpanggil untuk pertahankan Kang Daniel

Menggunakan agensi kelolaan sendiri untuk mempertahankan diri sendiri kelihatan sesuatu yang janggal. Tetapi, apakan daya, kecaman berterusan dan berbagai-bagai kata nista dilemparkan ke atas Kang Daniel daripada segelintir peminat yang kecewa dengannya mendesaknya mengambil tindakan tegas kepada mereka.

Berdasarkan kenyataan yang dipaparkan di laman rasmi Konnect Entertainment, agensi memberikan amaran kepada mereka yang kerap menyebarkan fitnah, kenyataan berniat jahat, serta gangguan seksual sehingga mengganggu privasi Kang Daniel secara keterlaluan. Ia berikutan segelintir peminat yang masih tidak boleh menerima hakikat lagi walaupun Kang Daniel telah pun membuat penjelasan dengan panjang lebar semalam.

 “Kami tidak bersetuju dengan sebarang aktiviti yang boleh menjatuhkan kredibiliti artis itu dengan menyebarkan kenyataan berniat jahat terhadapnya. Kami akan mengambil tindakan tegas,” kata jurucakap agensi tersebut.

Semalam, pengesahan yang dibuat oleh Kang Daniel dan Jihyo TWICE bahawa mereka sedang dilamun cinta telah menyebabkan dunia kpop bergegar seketika barangkali kerana jarang-jarang kedengaran dua orang idola yang sangat popular dalam satu masa boleh jatuh cinta sesama sendiri. Berita percintaan mereka mendapat liputan meluas di Yahoo Japan, Sina China, Google Malaysia selain di negara sendiri.

Sumber: OSEN

loading...