Cinta di kedai buku, Seo Kang Joon akan memikat hati Park Min Young di dalam drama jtbc terbaru?

Seo Kang Joon & Park Min Young sedang mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam drama jtbc terbaru, “I’ll Go to You When the Weather Is Nice” (tajuk yang diterima setakat ini) yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, menurut sumber rasmi daripada pihak produksi jtbc.

Drama ini akan memaparkan kisah romantis seseorang lelaki yang mengusahakan kedai buku bagi menambat hati seorang wanita yang disukainya. Seo Kang Joon akan membawakan watak sebagai Eun Seob, seorang tidak akan menyembunyikan perasaan cintanya manakala Park Min Young akan melakonkan watak Hae Won, cikgu yang mengajar seni lukisan di perkampungan dalam tetapi mengalami trauma pada suatu masa lalu.

Sekiranya Park Min Young menerimanya, beliau akan membuat kemunculan semula selepas drama tvN Her Private Life manakala Seo Kang Joon kini sedang membintangi drama OCN Watcher.

Tiada maklumat tentang siapakah sutradara dan penulis skrip dipertanggungjawab untuk menerajui projek drama ini. Jika tiada aral yang melintang, jtbc “I’ll Go to You When the Weather Is Nice” akan ditayangkan menjelang Februari 2020 depan.

Sumber: money today, OSEN

loading...