“Welcome 2 Life” teruskan menguasai tayangan slot drama Isnin-Selasa

Nampaknya semua drama yang mengisi slot Isnin-Selasa mencatatkan kenaikan peratus penonton pada tayangan semalam (Selasa).

MBC “Welcome 2 Life” dilihat masih lagi menguasi carta No.1 bagi slot tersebut dengan merekodkan 5.3% dan 6.8% tontonan bagi episode keduanya pada hari Selasa. KBS2 “I Wanna Hear Your Song” juga dilihat mula mendapat perhatian penonton bagi tayangan hari kedua dengan mencatatkan 2.8% dan 4% tontonan. Manakala SBS  “Everything and Nothing” pula mencatatkan 2.7% dan 3% tontonan pada episode kedua.

Baca juga : Ini dia 3 sebab kenapa korang kena tonton drama “Welcome 2 Life”

“Moments of 18” yang bersiaran di tv kabel JTBC juga turut mencatatkan sedikit kenaikan peratus tontonan dari 3.3% ke 3.5% untuk tayangan semalam (Selasa).

MBC “Welcome 2 Life” akan bersiaran untuk  episode pertamanya pada hari ini (6/8) di OhK! TV Asia Ch 394 pada jam 7.50 malam. Manakala KBS “I Wanna Hear Your Song” pula akan disiarkan menerusi KBSW Ch 391 dan Ch 392HD, juga hari ini pada jam 9.15 malam. Kedua-duanya akan mengisi slot drama Selasa-Rabu dirangkaian TV masing-masing.

Baca lagi : Ogos 2019 tampilkan 9 pilihan drama Korea terbaru untuk korang tonton!

Jom tonton muzik video dari Ong Seung Wu yang turut menyumbangkan suara untuk runut bunyi drama pertama lakonannya “Moments of 18”

Sumber : Newsen

loading...