Kim Heechul SJ dan Momo TWICE dikatakan bercinta, hanyalah gosip murahan bila agensi masing-masing menafikan

 

Awal pagi tadi, peminat digemparkan dengan berita Kim Heechul Super Junior dan Momo TWICE dilaporkan bercinta. Pada semalam, diberitakan larangan bercinta untuk TWICE telah ditarik balik ekoran pendedahan percintaan antara Jihyo dan Kang Daniel. Percintaan mereka (Kang Daniel & Jihyo) juga telah disahkan oleh agensi masing-masing.

Dalam satu laporan eksklusif oleh Market News, mereka melaporkan bahawa Momo TWICE telah menjalinkan percintaan dengan Heechul Super Junior selama 2 tahun. Kedua-dua mereka dilaporkan dalam hubungan yang serius sejak 2 tahun lepas, apabila mereka sering muncul bersama untuk program televisyen.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kesemua ahli TWICE mengetahui tentang hubungan cinta itu. Tatkala peminat mula bergembira dengan berita gembira ini, kedua-dua agensi SM Entertainment dan JYP Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mereka menafikan laporan tersebut sekaligus meranapkan kegembiraan peminat.

Kim Heechul Super Junior dan Momo TWICE adalah kawan rapat seperti hubungan sunbae-hoobae. Berita percintaan mereka itu adalah palsu. – SJ Label

Laporan berita percintaan mereka tidak berasas dan palsu. Keduanya hanyalah sekadar kawan rapat ibarat hubungan antara sunbae-hoobae. – JYP Entertainment

Sumber : marketnews | OSEN | Newsen

kredit foto : Newsen

loading...