[GEMPAR] Kang Daniel dan Jihyo TWICE dilaporkan sedang bercinta!

Menggemparkan. Pagi ini, portal media Dispatch telah melaporkan bahawa Jihyo TWICE dan Kang Daniel sedang memadu asmara.

Menurut Dispatch, Kang Daniel dan Jihyo dilihat bertemujanji di kejiranan Hannam, Seoul pada 1 Ogos, dan mereka dilaporkan sedang menjalin cinta sejak awal tahun ini.  Kedua-dua selebriti ini dilaporkan bertemu di rumah Kang Daniel, dan Jihyo dilihat memandu keretanya sendiri. Kang Daniel dan Jihyo tinggal berhampiran di UN Village.

Satu sumber terdekat dengan dua selebriti itu berkongsi, “Seorang idol sunbae yang rapat dengan Kang Daniel dan Jihyo telah memperkenalkan mereka antara satu sama lain.”

Portal Dispatch kemudian melaporkan bahawa Kang Daniel dan Jihyo bertemu lebih daripada sekali setiap minggu. Mereka dilaporkan bertemujanji sehari sebelum Jihyo terbang ke luar negara untuk sesi jelajah konsert TWICE dan bertemu semula selepas Jihyin kembali semula ke Korea. Jihyo turut dilaporkan menemui Kang Daniel selepas persembahan debut solonya pada 25 Julai lepas.

Dispatch juga menyatakan bahawa hubungan Jihyo dan Kang Daniel sudah menjadi rasmi dalam kalangan ahli kumpulan TWICE. Salah seorang daripada ahlinya dilaporkan pernah menumpangkan Jihyo ke rumah Kang Daniel dan menjemputnya kembali selepas beberapa ketika.

Mengulas lanjut kepada laporan ini, agensi TWICE; JYP Entertainment dan Kang Daniel; KONNECT Entertainment menyatakan, “Kami telah sedia maklum dengan laporan tersebut dan kami menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam.”

Para peminat semua, bagaimana penerimaan korang tentang percintaan Kang Daniel dan Jihyo TWICE ini?

Sumber : Dispatch | Spotvnews

loading...