Ji Sung dedah sebab kenapa dia beria nak jadi ‘Doctor John’

Jisung menghadari satu sidang media bersama krew drama SBS Doctor’s John pada petang, 5 Ogos 2019 tadi bagi mempromosikan drama tersebut yang sedang hangat ditayangkan sekarang.

Berkisarkan tentang seorang doktor genius, yang merupakan pakar bius (anestesiologi) dan menjadi professor termuda bernama Cha Yohan, “Doctor John” atau ‘Doctor Room’ memfokuskan kepada bagaimana para doktor mengambil jalan terbaik bagi meredakan kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Jisung berkongsi sebab kenapa beliau beria mahu menjadi ‘Doctor John’. “Selepas menjalani penggambaran selama 10 episod, drama ini telah membuatkan saya merasai diri saya sebenar.”

Ji Sung yang membawakan watak pakar bius genius, Cha Yohan yang menghidapi penyakit CIPA (“congenital anaphylaxis”) yakni, dia tak boleh merasai kesakitan sendiri sekiranya berlaku perubahan pada tubuh badannya. Katanya, “Ini sesuatu doktor yang ada, perasaan tenang, tiada sebab kenapa saya tak boleh lakukannya. Jika saya tak boleh merasa kesakitan di dunia sebenar, pasti saya akan periksa jari saya sungguh-sungguh supaya saya dapat rasakan kesakitan itu di kemudian hari.”

Menyentuh tentang pentingnya maruah seorang yang bergelar doktor atau pesakit dewasa ini, Ji Sung berkata, “Di Korea, kita mungkin tak bersedia untuk bercerita tentang maruah dan kepercayaan berbanding dengan negara lain yang lebih terbuka.”

Di samping itu, Jisung, pelakon yang memenangi dua kali anugerah Best Actor CARI Kdrama Awards ini (“KBS Secret Love”, “MBC Kill Me Heal Me”) ini turut bercerita tentang reaksi anak perempuannya terhadap lakonannya sebagai Dr. Cha Yohan. “Anak saya selalu bagi sokongan sehingga membuatkan saya terharu. Jika ‘ratings’ bagus, dia akan gembira tapi bila jatuh sedikit, dia risau takut-takut saya sedih,” kata Ji Sung menceritakan kerenah anak perempuannya.

Lebih menarik perhatiannya, anaknya  itu daripada hasil perkahwinannya dengan pelakon Lee Bo Young, pernah membayangkan dirinya sebagai seorang doktor sehingga sempat menanyakan samada Ji Sung boleh merawatnya jika dia terlantar sakit. “Saya cakap kat dia, walaupun tak bagi dia suntikan, tapi saya boleh bagi dia ubat. Saya bangga jadi seorang ‘doktor’ buat anak saya,” kata Ji Sung lagi.

Doctor John” boleh ditonton di ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu dan Ahad jam 6.10 petang.

Sumber: money today , mydaily

loading...