Sedar akan kekecewaan peminat, Kang Daniel luahkan perasaannya di media sosial

Berita percintaan antara Kang Daniel dan Jihyo TWICE mungkin diterima oleh kebanyakan netizen dan juga peminatnya, namun sebilangannya pula tidak boleh menerima hakikat berkenaan.

Lantaran itu, tanpa mahu menyorok lagi depan peminatnya, Kang Daniel bertindak menukilkan luahannya di ‘fancafe’ yang menjadi tempat peminatnya selalu bertenggek. Dalam karangan yang panjang lebar itu, Kang Daniel membuat permohonan maaf dan menghargai sokongan padu kepadanya selama ini.

Aku memohon maaf kerana berita mengejutkan pagi tadi. Aku takut aku agak lewat. Maaf kerana tidak memberitahu korang sebelum berita itu keluar. Aku biarkan ruangan ini untuk kalian meluahkan segala-galanya.

Banyak perkara berlaku sebelum ini sehingga sekarang barulah aku mampu buat. Kadang-kadang aku rasa penat, tapi ia tak mematahkanku. Aku mahu kongsikan perasaan ini buat peminat semua.

Terima kasih kerana sayangiku dan berikan aku sokongan dengan memenuhi ruangan ‘fancafe’ bersertakan gambarku dan juga mesej sokongan buat diriku yang dipaparkan di stesen subway. Ada yang mungkin menahan sabar dan kecewa kerana mengalami kesukaran  untuk menepis sebarang spekulasi jahat yang korang tak nampak melaluiku.

Bila aku mengunjungi kafe atau stesen subway, aku nampak kasih sayang korang dan berjaya hasilkan album ini yang tak pernah kubayangkan. Ianya hasil sokongan padu dan keselesaan diberikan korang.

Sudah jadi tanggungjawabku untuk membantu peminatku yang terkesan dengannya. Aku akan pastikan menjadi Kang Daniel yang selalu membuat persembahan terbaik dan menganggap ianya paling penting dalam hidupku.

Aku sudah terima secukupnya daripada peminat, tapi akan berikan lebih banyak untuk korang. Esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini. Terima kasih kerana menyokongku.

Sesi penjelasan dibuat dalam bentuk luahan perasaan ini agak bermakna lebih-lebih lagi Kang Daniel mempunyai sejumlah peminat yang agak besar baik di negaranya sendiri mahupun di luar negara termasuklah Malaysia. Di Malaysia saja, Kang Daniel berjaya merangkul takhta Kmania Top Star untuk bulan Julai hasil sokongan padu peminat selain sudah pun meraih jualan album sehingga 460,000 unit, sesuatu yang sukar untuk dicapai oleh mana-mana artis solo yang baru ‘debut’.

 Sumber: spottvnews

loading...