Netizen persoalkan kedatangan Mina TWICE ke Korea; JYP nafi Mina akan kembali aktif bersama TWICE untuk seketika

Beberapa foto Mina ditemani ibunya di lapangan terbang Korea menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan netizen.

Ramai menyangka Mina akan kembali aktif bersama kumpulannya TWICE di dalam beberapa siri konsert jelajah seterusnya selepas dia direhatkan oleh JYP kerana masalah kesihatan yang melanda dirinya sebelum ini. Ada antara mereka berpendapat dengan membawa ibunya sebagai orang tengah, Mina berkemungkinan mahu meninggalkan TWICE dengan menghapuskan kontrak bersama JYP serta-merta. Apapun, kehadiran Mina ke Korea tengah hari tadi dikatakan telah membawa khabar gembira buat peminatnya yang sudah lama tidak menyaksikan dia beraksi di pentas dan sebilangannya pula berharap dia menghabiskan cuti dengan berehat di Jepun saja memandangkan keadaan kesihatannya belum lagi pulih sepenuhnya.

Gambar dikreditkan pada fnstar.

JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menyatakan Mina ke Korea bukan kerana dia terperangkap dengan jadual aktiviti TWICE, tapi di atas satu sebab yang istimewa. “Mina pulang dari Jepun bukan kerana dia mahu beraksi bersama TWICE. Saya akan maklumkan jika ada perubahan lanjut mengenainya. Berdasarkan apa kami bagitahu beberapa hari lepas. adalah begitu sukar untuk Mina menyertai konsert jelajahnya selagi dia belum sembuh sepenuhnya,” kata jurucakap agensi itu.

Berdasarkan lampiran dikeluarkan oleh JYP untuk siri konsert jelajah TWICE di seluruh dunia, Mina tak akan hadir di mana-mana konsert termasuklah konsert TWICE di Kuala Lumpur nanti. Alasan yang dinyatakan oleh JYP adalah kerana Mina berhadapan dengan kebimbangan untuk berdiri di atas pentas lalu menyebabkan dia berasa gemuruh dan stress. JYP menunggu laporan kesihatan sebagai lampu hijau untuk membenarkan Mina beraksi bersama TWICE semula.

Sumber: news1 , spottvnews

loading...