Kantoi berfoya-foya dengan model lumba motor, Kangta digosip bercinta dengan Jung Yumi pula keesokan harinya

Kangta, ahli kumpulan kpop lagenda, H.O.T terperangkap di dalam skandal melibatkan seorang model lumba motor, Woo Joo Ahn (atau nama sebenarnya, Han Ga Eun) apabila wanita itu memuatnaik video mereka berfoya-foya di dalam instagram-nya. Hari ini, beliau digosip sedang bercinta dengan aktress, Jung Yoo Mi menurut laporan Market News.

Dalam video dimuatnaik oleh Woo Joo Ahn semalam, Kangta berkata, “Ada sesuatu yang pelik berlaku di sini. Seorang gadis yang sangat cantik sedang baring di sini.” Woo Joo Ahn kemudiannya membalas, “Ya, betul tuan. Kalau kau dah kata aku cantik, maka cepat-cepatlah memelukku.” Sebaik saja video itu tular sebelum dipadam oleh Woo Joo Ahn kemudiannya, agensi Kangta SM Entertainment menafikan Kangta dan Woo Joo Ahn sedang dilamun cinta. Kata jurucakap agensi itu, “Mereka dah lama putus. Kami dimaklumkan Woo Joo Ahn memuatnaik video itu secara tak sengaja sebelum cepat-cepat memadamkannya.”

Sejak reda kejap skandal bersama model lumba motor itu, hari ini media Market News melaporkan pula Jung Yu Mi dan Kangta sedang berpacaran dan hubungan itu berkekalan selama dua tahun. Walaubagaimanapun, kedua-dua agensi menafikan gosip cinta antara Kangta dan Jung Yu Mi berkenaan.

“Mereka hanya berkawan rapat,” kata jurucakap SM Entertainment itu manakala agensi Ace Factory yang mewakili Jung Yu Mi pula berkata, “Gosip itu tak betul. Kangta dan Jung Yu Mi hanya sekadar berkawan saja.”

Kangta sedang bersiap-sedia membuat kemunculan semula dengan single terbaru pada lusa hari, 4 Ogos ini. Wanita yang digosipkan bersamanya, Woo Joo Ah pernah menjadi ahli kumpulan LAY-T manakala Jung Yu Mi pula sedang mempertimbangkan drama terbaru bersama Eric Moon.

Sumber: market newsIS Plus, yonhap news, instagram Woo Joo Ahn

loading...