Bandar Los Angeles ‘terpukul’ dengan goyangan dahsyat ITZY menerusi MV ‘Icy’ pula

ITZY membuat kemunculan semula selepas single pertama mereka yang dikeluarkan pada awal tahun ini, iaitu ‘Dalla Dalla’. Dengan ‘Dalla Dalla’ , mereka mencipta sejarah menjadi kumpulan kpop wanita pertama berjaya ‘debut’ dengan tontotan Youtube melebihi 37 juta dalam masa 24 jam.

Kali ini, single terbaru dinamakan sebagai ‘Icy’ itu dilancarkan pada jam 12.00 malam 29 Julai 2019 serentak dengan pelancaran album mini pertama mereka IT’z Icy. Video klip ‘Icy’ menampilkan ITZY berkeliaran di kota Los Angeles dengan menggayakan tarian moden mereka bersaksikan oleh penduduk sekitar bandar tersebut. ‘Icy’ tampak dingin secara luarannya tapi sebenarnya menggambarkan jiwa lincah sekumpulan anak-anak gadis muda yang terdiri daripada Yeji (sebagai ketua kumpulan), Lia, Chaeryeong, Ryujin dan Yuna (maknae).

‘Icy’ merupakan mendapat sentuhan sepenuhnya oleh CEO JYP sendiri, Park Jin Young dengan lirik lagu ditulis olehnya bersama penyanyi rap, Penomeco. Selain Icy, empat lagi lagu dimuatkan ke dalam IT’z Icy iaitu Cherry, IT’z Summer, Dalla Dalla (Dallask Remix) dan Want it.

Mampukah ‘Icy’ menyayingi kehebatan ‘Dalla Dalla’ dahulu? Sama-sama kita saksikan.

Sumber: news1

loading...