Galak sangat menayang buah dada, Yoo Ji Oh bakal berhadapan dengan hukuman penjara?

Satu-satunya saksi dalam kes penderaan seksual Jang Ja Yeon, Yoon Ji Oh baru-baru ini sedang disiasat kerana berkelakuan tak senonoh di hadapan peminatnya ketika menjalankan kerjanya sebagai “Broadcast Jockey (BJ)” AfreecaTV.

Menurut Dispatch, seorang saksi dinamakan sebagai C telah membuat aduan di balai polis Gangnam dan Yoon Ji Oh sedang disiasat atas dakwaan melanggar Akta Khas Jenayah Seksual berkenaan dengan perbuatan menyebarkan bahan-bahan lucah menerusi media massa. C menyertakan 3 bukti video yang menunjukkan Yoon Ji Oh telah melakukan perbuatan tersebut, yakni Yoon Ji Oh dilihat menayangkan buah dadanya dan seluar dalam secara langsung dengan disaksikan ramai orang. Dua video tersebut bertarikh 15 Julai 2017 manakala satu lagi video bertarikh 17 Julai 2018. C turut mendakwa Yoon Ji Oh sengaja mengenakan satu kain saja untuk menampakkan payu daranya. Sekiranya Yoon Ji Oh didapati bersalah, beliau bakal berhadapan hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda sebanyak 5 juta won (~RM17,408).

https://www.youtube.com/watch?v=8swU0C0U4ec

Dalam perkembangan lain, Yoon Ji Oh turut dituduh menipu kebanyakan orang termasuklah seorang peguam dan juga penyunting akhbar. “Kami telah ditipu oleh Yoon Ji Oh hidup-hidup. Dia telah menyalahguna kebaikan kami berikan padanya,” kata sekumpulan yang dikatakan sebagai mangsa beliau. Yoon Ji Oh sebelum ini disapina untuk membantu siasatan terhadap kes penderaan seksual terhadap Jang Ja Yeon dan beliau mendakwa terlihat tiga orang wartawan serta seorang ahli politik dinamakan oleh Jang Ja Yeon dalam surat wasiatnya. Setelah presiden Moon Jae In membuka siasatan semula terhadap kes Jang Ja Yeon, ramai mengadakan ‘crowdfunding’ bagi membantu Jang Ja Yeon dilindungi sebagai saksi utama. Namun, sejak menerima duit sumbangan orang ramai itu, Yoon Ji Oh dikatakan telah melarikan diri ke Kanada.

Baca lagi : [Gempar] Lee Mi Sook & Son Sun Mi ‘tutup mata’ ketika Jang Ja Yeon terpaksa memuaskan nafsu seks 30 lelaki

Sementara itu, Yoon Ji Oh yang kini berada di luar negara, menafikan beliau melakukan perbuatan tak senonoh demikian. “Kali ini nampaknya makin sukar untuk aku kembali ke Korea. Itu semua penipuan digital (‘deepfake’) ,”katanya.

Sumber: dispatch, asian boss, koreatimes 1 , koreatimes 2

loading...