Kim Bora bakal menjadi kekasih hati Kim Jaejoong di dalam drama terbaru “Jane The Virgin”?

Kim Bora yang mula dikenali kerana lakonannya di dalam drama jtbc Sky Castle sebelum ini, sedang mempertimbangkan drama terbarunya  bersama Kim Jaejoong, dinamakan sebagai ‘Jane the Virgin’ terbitan Channel A.

Kim Bora membawa watak Lee Soo Jung, seorang gadis yang baru saja selesai menghabiskan ijazahnya di dalam bidang linguistik Korea. Selama emaknya sering mengabai tanggungjawab kepadanya, Lee Soo Jung dijaga oleh neneknya sejak kecil lagi. Lee Soo Jung pernah berjanji dengan neneknya bahawa dia tidak akan-akan menyerahkan daranya kepada orang lain sebelum terkejut mendapati dirinya tiba-tiba mengandung apabila mengadakan pemeriksaan kesihatan. Padahal, ia hanya kesilapan doktor semata-mata dan Lee Soo Jung hanya mempercayainya.

Sementara itu, Kim Jaejoong akan melakonkan watak sebagai Han Ji Hoon, pewaris sebuah rangkaian hotel terkemuka. Han Ji Hoon sudah berkahwin tapi tidak pernah bahagia, dan merancang untuk bercerai tak lama lagi. Walaupun luarannya seperti seorang yang skema dan agak nakal, dalamannya masih berkecamuk kerana pernah mengalami penyakit barah perut pada masa silam. Drama terakhir Kim Jaejoong sebelum menyepi ialah KBS Manhole yang menerima rating terendah sepanjang zaman pada masa itu.

‘Jane the Virgin’ merupakan adaptasi daripada drama siri Venuzela yang disiarkan menerusi CWTV Amerika Syarikat dan Netflix Korea dengan judul yang sama. Ia bakal dihasilkan oleh produser “Group 8” yang terkenal dalam pembikinan drama-drama romantik seperti KBS Boys Over Flowers, dan akan disiarkan menjelang Disember ini.

Sumber: IS Plus 2 , IS Plus 1

loading...