Pelakon baru selalunya kayu. Tapi, kenapa Ong Seung Wu dipilih terajui “Moments of 18”?

Drama “Moments of Eighteen” baru sahaja memulakan tayangannya pada 22 Julai yang lalu menerusi rangkaian JTBC. Ia diterajui oleh pelakon-pelakon muda dan baru seperti Ong Seung Wu, Kim Hyang Gi, Shin Seung Ho, Kang Ki Yong dan ramai lagi.

Umum ketahui, kebanyakkan pelakon baru selalunya kurang skill lakonan dan kurang persediaan diset pengambaran. Ada kalanya, lakonan mereka sangat membosankan kerana kurang emosi serta lantunan suara atau dikenali lakonan kayu. Ada juga produksi seringkali mengambil pelakon baru, terutamanya idol K-Pop dek kerana permintaan peminat dan juga disebabkan populariti mereka, termasuk peneraju drama “Moments of 18”, Ong Seung Wu.

Ketua produser (Chief Producer, CP) Oh Hwan Min dari slot drama Isnin-Selasa JTBC, “Moments of 18” membuka kisah mengapa Ong Seung Wu diberikan peranan utama dalam drama tersebut.

Beliau tidak mengkritik bahkan memuji Ong Seung Wu. Beliau turut menjelaskan, “Kami menjangkakan prestasi Ong Seung Wu hanya berada diskala pertengahan iaitu 50 peratus, namun sebaliknya pelakon rookie tersebut memberikan 100 peratus komitmen dalam projek ini. Orang-orang disekeliling saya, sangat bimbang akan perkara ini pada mulanya kerana ia bukan mudah dan berisiko untuk memberikan peranan utama kepada pelakon baru,”.

Apabila ditanya kenapa beliau memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, Oh Hwan Min menjelaskan, “Dari peringkat perancangan,  Ong Seong Wu adalah calon utama yang seringkali bermain-main dalam fikiran kami untuk karakter Choi Joon Woo. Dalam masa 15 minit saya membayangkan Ong Seung Wu membawakan peranan itu dan saya fikir, ‘Anak muda  ini boleh melakukannya. Saya merasakan kekuatan yang hanya ada padanya. “

Oh Hwan Min cuba meyakinkan mereka yang bimbang akan perkara ini dengan menambah, “Orang menganggap jika idol berlakon buat pertama kali, situasi akan jadi buruk. Saya berfikiran Ong Seong Wu juga turut bimbang tentang perkara itu. Pada sidang akhbar yang lalu, beliau datang kepada saya terlebih dahulu dan bertanya, ‘Apa yang tuan fikirkan tentang lakonan saya?’ Secara peribadi, saya sangat menyukainya. Jadi saya memberitahunya, ‘Saya tidak fikir ada sebarang kontroversi mengenai lakonan anda. Terima kasih kerana melakukannya dengan baik. ‘”

CP juga menjelaskan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ong Seong Wu ketika dia masih lagi aktif sebagai anggota Wanna One. Beliau berkata, “Saya tidak pergi bertemunya dengan membawa skrip. Saya hanya mahu bercakap dengannya untuk memahami pesona yang dia miliki dan untuk menilai bagaimana dia akan lakukan dalam drama kami. Dan saya memutuskan untuk mempercayainya. Sudah lebih setahun sejak kami mula merancang drama ini. Produksi telah berfikir sehabis baik dengan mengambil kiran segala perkara dan akhirnya buat keputusan untuk mengambil Ong Seung Wu sebagai teraju utama drama ini.” Oh Hwan Min juga memberitahu bahawa Ong Seung Wu menepati jangkaan produksi dan telah melakukan yang lebih baik dari yang diharapkan.

“Moments of 18” adalah gubahan ringan yang mengisahkan tentang tiga orang remaja dari berbagai latar belakang yang bakal merakamkan pelbagai kenangan bersama di usia 18 tahun. Ia juga akan memperlihatkan bagaimana remaja diusia itu berusaha mencari kebahagiaan dan mengeratkan hubungan persahabatan mereka dalam mengharungi suka dan duka bersama. Drama ini boleh ditonton setiap Isnin dan Selasa di JTBC.

Rating bagi drama “Moment of 18”

EP 1 – 3.009% | EP 2 – 2.354 %

Sumber : tvreport

loading...