Lambat sangat sambung kontrak, peminat seriau INFINITE pun bakal terbubar juga?

INFINITE khabarnya masih belum mengesahkan bahawa mereka akan menyambung kontrak bersama Woolim Entertainment walaupun kontrak tersebut dilaporkan akan berakhir tak lama lagi, menurut portal Donga.

Berdasarkan sumber terdekat, Kim Myung Soo atau dikenali sebagai L yang menyibukkan dirinya dengan kerjaya sebagai pelakon, dikatakan telah pun menerima tawaran daripada beberapa syarikat agensi lain manakala pakar industri berpendapat ahli-ahli lain daripada kumpulan sama pula sedang merancang untuk bergiat aktif secara solo sekiranya kontrak secara berkumpulan bersama Woolim Entertainment ditamatkan serta-merta. INFINITE pada asalnya dianggotai oleh Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol, MyungSoo, Sungjong dan Hoya. SungYeol telah menyertai latihan ketenteraan sejak 26 Mac lalu manakala Hoya pula telah lama meninggalkan INFINITE sejak tahun 2017 lagi lantas menyebabkan INFINITE terpaksa melancarkan aktiviti berkumpulan mereka pada tahun 2019 baru-baru ini dengan bersaksikan lima orang saja.

Sekiranya INIFNITE diumumkan bakal terbubar, peminat pasti akan seriau memandangkan INFINITE agak dikenali di Malaysia dengan lagu-lagu seperti ‘Be Mine’, ‘The Chaser’ dan ‘Back’.

Sumber: daily news, donga

loading...