Kim Joon Ha bersemuka depan-depan dengan Jung Hae In, lelaki yang dicurangi kekasihnya di dalam MBC Spring Night

Episod MBC Spring Night malam ini bakal menyaksikan Kwon Gi Seok (Kim Joon Ha) bersemuka dengan lelaki yang berpacaran dengan kekasihnya setelah mendapati kekasihnya curangnya sebelum ini.

Yoo Ji Ho (Jung Hae In) merupakan seorang duda anak satu dan bekerja sebagai ahli farmasi telah jatuh cinta terhadap seorang wanita yang muncul di dalam hidupnya secara tiba-tiba. Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Lee Jeong In (Han Ji Min)  dan berkerja di perpustakaan awam, mengakui padanya bahawa dia sedang menjalin hubungan dengan Gi Seok sejak sekian lama tetapi telah tawar hati kepadanya. Di luar pengetahuan Gi Seok, Jeong In tak dapat menahan batin asmaranya lalu keluar bersama-sama dengan Ji Ho dan akhirnya kedua-duanya telah meluahkan perasaan cinta masing-masing. Jeong In pernah cuba untuk memutuskan perhubungannya dengan Gi Seok tetapi tetap dihalang oleh Gi Seok untuk berbuat demikian tanpa dia menyedari wanita itu telah mencurangi dirinya di belakangnya selama ini.

Namun, apabila Gi Seok mengetahui Jeong In mencintai Ji Ho, kenalan junior dan rakan bermain bola keranjang bersama, Gi Seok mengambil keputusan untuk bersemuka sendiri dengan Ji Ho. Gambar teaser episod malam ini memaparkan Ji Ho dan Gi Seok sedang memandang antara satu sama lain tanpa bercakap satu patah pun. Mampukah Ji Ho meyakinkan Gi Seok untuk merampas kekasih Gi Seok daripada tangannya?

MBC Spring Night yang mengecapi rating tertinggi drama itu dalam episod sebelum ini, dapat ditonton menerusi Netflix satu jam selepas tayangan di korea setiap hari Rabu dan Khamis.

loading...