Penangan cinta lokasi lagi, Kim Min Suk & Park Yoo Na pula dilaporkan sedang bercinta

Kim Min Suk dan Park Yoo Na telah dilaporkan sedang bercinta.

Menurut sumber terdekat, seorang penggiat hiburan itu berkata, “Kim Min Suk dan Park Yoo Na mula menjalin hubungan cinta semenjak mereka membintangi drama bersama-sama pada tahun lalu.”

Kim Min Suk dan Park Yoo Na yang pernah membintangi drama satu episod special terbitan KBS, “So Close, Yet So Far” dan disiarkan pada November 2018, berkisarkan tentang cinta terjalin antara pemain sukan curling sehingga mereka bergiat aktif sebagai pemain sukan curling professional untuk kategori beregu campuran. Dikhabarkan sejak Kim Min Suk dimasukkan ke dalam ketenteraan, Kim Min Suk  telah menghabiskan cutinya bersama Park Yoo Na sambil menghayati detik-detik indah.

Kim Min Suk mula menceburkan diri sepenuhnya di dalam bidang lakonan selepas menyertai ‘Superstar K’ terbitan Mnet pada 2011. Antara drama lakonannya termasuklah KBS Descendants of The Sun, SBS Doctors, Age of Youth 2 dan tvN Because This Is My First Life. Manakala, Park Yoo Na pula dikenali lakonannya di dalam drama jtbc My Gangnam is Beauty dan jtbc Sky Castle.

Sumber: IS Plus

loading...