Lapan bulan selepas kejadian membantai orang tua tak bermaya, Han Ji Sun masih enggan memohon maaf

Semalam, Channel A telah menemuduga seorang seorang lelaki di usia emas mendakwa bahawa dia belum lagi menerima permohonan maaf terbuka daripada seorang aktress yang sebaya dengan umur anaknya itu sejak lapan bulan yang lalu walaupun telah dijatuhkan hukuman denda.

Channel A melaporkan aktress tersebut yang dinamakan sebagai Han Ji Sun, telah dikenakan denda sebanyak 5 juta won dan tempoh percubaan untuk tidak melakukan keganasan lagi selama setahun kerana perbuatannya sebelum ini yang telah menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pemandu teksi (62 tahun) berdekatan dengan panggung wayang di Gangnam, Seoul pada September tahun 2018.

Kerana tak mahu menuruti hajatnya untuk pergi ke lokasi yang dituju, Han Ji Sun telah memanjat ke kerusi pemandu lalu menghentam pipi pemandu teksi tersebut dengan termos. Keganasan itu tak terhenti di situ saja, sewaktu diiring ke balai polis, Han Ji Sun turut menyerang polis petugas dengan memukul bahunya dan menendang kakinya. Walaubagaimanapun, Han Ji Sun hanya dikenakan hukuman tanpa dia sendiri menyatakan permohonan maaf kepada pemandu teksi tersebut.

“Dia memaki saya dan seterusnya menghentam saya. Bukan saja tak hormati, tapi juga menggunakan perkataan yang kurang ajar dan biadab ,” kata mangsa tersebut yang disebut sebagai Encik A.

“Lebih mengecewakan, dia yang lebih muda usia daripada anak saya sanggup perlakukan saya seperti begitu,” tambahnya lagi.

Susulan berita Han Ji Sun melakukan keganasan terhadap orang tua itu dilaporkan secara terang-terang bermula semalam, agensi J-Wide yang menguruskan Han Ji Sun telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan kekesalan pelakon itu. Lapor agensinya itu, “Han Ji Sun telah mengaku bersalah dan betul-betul kesal dengan perbuatan dilakukannya tanpa alasan. Kami sudah rakam segala percakapannya supaya dia tak lakukan apa-apa kontroversi lagi terhadap masyarakat.” Walaubagaimanapun, kenyataan agensinya itu kontradiks dengan dapatan oleh Channel A yang mengatakan Han Ji Sun enggan memohon maaf kepada mangsa kerana dia tak mengenali mangsa.

Han Ji Sun kini sedang membintangi drama SBS The Secret Life of My Secretary, dengan membawa watak sebagai Mo Ha Ni, setiausaha kepada Sim Hae Young. Desas-desus yang mengatakan bahawa dia bakal digugurkan selepas pendedahan tersebut masih belum dimuktamadkan oleh pihak produksi SBS.

Sumber : polinews , sport mk

loading...