Drama wuxia romantik China ini, Zhao Yao : Love Story of Devil Angel sedang menghiasi kaca tv anda!

 

Zhao Yao : Love Story of Devil Angel aka The Legends, yang merupakan sebuah drama bergenre wuxia tema cinta dan benci ini, adalah berkisarkan tentang perjalanan Zhao Yao, Ketua Puak Wan Lu (Aliran Demon) yang ingin menuntut bela kerana pada sangkaannya beliau dikhianati dan telah terbunuh.

Lu Zhao Yao lakonan Bai Lu (Untouchable Lovers, King is Not Easy) diserang hendap oleh sepuluh Aliran Dewa Dewi (Immortal) dan mati ketika cuba mendapatkan Pedang Wan Jun. Lima tahun kemudian, Li Chen Lan aka Mo Qing lakonan Xu Kai (Untouchable Lovers, Story of YanXi Palace) iaitu anak Raja Demon yang Zhao Yao pernah selamatkan sebelum ini telah mengambil alih jawatan ketua Puak Wan Lu dan telah mengembangkan kekuasaannya.

Sekarang roh Zhao Yao telah menjelma semula dan menyerupai Qin Zhi Yan penuntut aliran Immortal lakonan Xiao Yan (The Legend of White Snake) dan berjaya menjadi anak murid Li Chen Lan dengan niat untuk membalas dendam dengannya. Ini kerana Zhao Yao beranggapan Li Chen Yan yang mengkhianatinya. Walau bagaimanapun apa yang dirancang tidak menjadi kerana Zhao Yao jatuh cinta dengan Li Chen Lan. Pada masa yang sama Jiang Wu  seorang anak muda yang juga bercita-cita membunuh Li Chen Yan dan menjadi ketua Wang Lu. Jiang Wu juga berminat dengan Zhao Yao. 

Apa yang Zhao Yan tak sedar adalah Li Chen Yan memang secara diam-diam telah lama jatuh hati dengan Zhao Yao iaitu sejak dia diselamatkan oleh Zhao Yao dari dibunuh oleh Puak Immortal kerana dia anak Raja Demon. Pelbagai peristiwa lucu dan kelakar berlaku dalam setiap cubaan Zao Yao untuk membunuh Li Chen Yan kerana setiap kali tu juga adengan akan bertukar menjadi komedi romantik.

Anda boleh tonton hampir keseluruhan episod terkini drama ini secara online di dimsum atau tontoninya di cenel 8tv juga pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam yang bermula tayangannya sejak minggu lepas lagi.

 

loading...