Pelakon “Extraordinary You” meraikan episode terakhir dengan penuh kemeriahan dan gembira

Drama “Extraordinary You” telah melabuhkan tayangannya pada  21 November (Tayangan di Malaysia berakhir pada 22 November).

Pada 21 November, MBC telah menyiarkan episode akhir dan para pelakon dilihat gembira meraikan tamatnya drama itu dengan parti kecil-kecilan. MBC turut berkongsi gambar para pelakon yang menghadiri parti akhir antaranya Lee Jae Wook dan Rowoon SF9 yang sedang ketawa dan bertepuk tangan terhadap Kim Hye Yoon yang sedang memegang mikrofon. Kapsyennya tertera, “Kenapa Ha Roo dan Baek Kyung tersenyum seperti ayah? Ini semua disebabkan oleh Dan Oh.” Dengan disertakan tanda pagar #ExtraordinaryYouForever”

Selain itu, MBC turut memuatnaik gambar Lee Jae Wook dan pelakon kanak-kanak Kim Gun Woo, yang membawakan watak Baek Kyung (lakonan Lee Jae Wook) versi muda. Kapsyen yang tertera menyatakan, “Kyung muda, Kyung dewasa. ” Disertakan juga tanda pagar seperti #GoodbyeExtraordinaryYou #OfficiallyGoodbye”

Para pelakon lain turut ambil kesempatan menyatakan rasa terima kasih kepada peminat dan penonton menerusi akaun Instagram peribadi masing-masing.

Kim Hye Yoon berkongsi gambar dirinya yang kelihatan comel dengan kapsyen, “Terima kasih kerana menonton dan meminati ‘Extraordinary You’!!! (Selamat tinggal Eun Dan Oh…)”

Rowoon SF9 pula memuatnaik gambar dirinya bersama para pelakon dan krew produksi. Kapsyennya tertulis, “Saya harap watak Ha Roo yang saya suka ini akan sentiasa diingati dihati anda semua. Kepada rakan-rakan pelakom dan tenaga produksi yang telah bekerja keras luar dan dalam, saya sangat gembira 6 bulan ini. ‘Extraordinary You’ dah tamat”

Lee Jae Wook pula memuatnaik naik gambarnya dalam persalinan graduasi dengan kapsyen, “Terima kasih.”

Naeun APRIL juga tidak ketinggalan memuatnaik gambarnya dalam persalinan graduasi dengan kapsyen, “Dah tamat pengajian!”

Kim Young Dae turut memuatnaik gambar graduasi dengan sejambak bunga beserta kapsyen, “Terima kasih kepada yang meminati  ‘Extraordinary You.’ #ExtraordinaryYou”

Jung Gun Joo pula menyatakan rasa terima kasihnya dengan kapsyen, “Terima kasih kerana menonton ‘Extraordinary You’ sehingga ke akhirnya.”

Lee Tae Ri pula berkongsi dua muat postingan di IGnya.  Pertama dia memuatnaik gambar tiga teraju utama drama tersebut dengan kapsyen, “Para VIP dikafeteria. Jika kita bertemu lagi dilain masa dan tempat, saya akan berikan sotong kering pekasam yang banyak untuk anda.”

Gambar kedua pula memperlihatkan ramai barisan pelakon dan tenaga kerja produksi dengan kapsyen, “Terima kasih kerana berikan sokongan terhadap ‘Extraordinary You’ yang kamu semua minati. Selamat tinggal sotong kering pekasam!”

Korang dah khatam drama ini? Apa pandangan korang? Mampukah drama ini tercalon dan memenangi mana-mana anugerah? Pada yang belum menonton sehingga ke penghujungnya, pastikan korang tonton. Penulis rasa tak rugi kalau korang tonton.

loading...