[Gempar] Han Ji Sun disingkirkan serta-merta dari drama SBS “The Secret Life Of My Secretary” gara-gara kes bantai orang tua

Krew produksi drama SBS “The Secret Life Of My Secretary” telah mengesahkan bahawa mereka telah menyingkirkan Han Ji Sun serta-merta setelah mendapati pelakon itu terbabit dalam kontroversi membantai orang tua tak bermaya tanpa sekelumit permohonan maaf dibuat ke atasnya.

Menurut portal donga, krew telah memutuskan bahawa Han Ji Sun yang berlakon sebagai pelakon pembantu direhatkan serta-merta dan penggambaran drama juga dibatalkan saat-saat akhir bagi memberi laluan kepada krew untuk mencari pengganti kepada watak lakonan Han Ji Sun. Han Ji Sun melakonkan watak Mo Ha Ni, merangkap setiausaha kepada Sim Hae Young di dalam drama bersiri tersebut.

Semalam, Channel A melaporkan seorang aktress bernama Han Ji Sun, telah dikenakan hukuman denda sebanyak 5 juta won dan tempoh percubaan selama setahun berhubung perbuatannya sebelum ini yang telah menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pemandu teksi (62 tahun) ketika mereka berada berdekatan dengan panggung wayang di Gangnam, Seoul pada September tahun 2018 yang lalu. Han Ji Sun turut dilaporkan enggan memohon maaf kepada mangsa secara terbuka setelah diminta berbuat demikian sebelum ini,

Sumber: donga

loading...