Lagi kumpulan kpop yang baru saja dua tahun bertatih, Pristin pun terbubar juga

Pristin, kumpulan kpop yang baru tertubuh sejak dua tahun yang lalu, mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka.

Menurut agensi mereka, Pledis Entertainment, “Kami sudah berbincang dengan kesemua ahli dan bersetuju untuk membatalkan kontrak dengan Nayoung, Roa, Yuha, Eunwoo, Rena, Xiyeon, dan Kyla berkuatkuasa hari ini, 24 Mei 2019.”

“Kami meminta maaf kepada peminat kerana mengejutkan kalian dengan berita sedih ini. Kami terpaksa hormati keputusan mereka. Kami akan menyokong bekas ahli yang masih bernaung di bawah syarikat kami iaitu Kyulkyung, Yehana, dan Sungyeon,” tambah lagi agensi tersebut.

Selepas I.O.I direhatkan sepenuhnya, Nayoung dan Kyulkyung membentuk Pristin bersama lapan lagi ahli baru. Pristin membuat kemunculan pertama pada bulan Mac 2017 dengan album EP ‘Hi, Pristin’. Antara lagu mereka popular termasuklah Wee Woo dan Black Widow. Hasilnya, mereka dinobatkan sebagai pemenang Best Rookie Artist di dalam anugerah Asian Artist Awards pertama.  Pristin juga dikenali di atas bakat ciptaan lagu sendiri yang kebanyakannya dimuatkan sebagai runut lagu di dalam album mereka.

Sumber: sport seoul

loading...