Park Woo Jin berazam jadi ‘rapper’ yang berharga buat AB6ix, kumpulan kpop baharu disertainya selepas Wanna One

Selepas Hwang Min Hyun bangkit dengan album terbaru ‘Happily Ever After’ menerusi kumpulan NU’EST dianggotainya sehingga mendominasi carta album Gaon untuk dua minggu berturut-turut, kali ini giliran Park Woo Jin pula, bekas rakan seperjuangannya di dalam Wanna One untuk menggegarkan industri muzik Korea menerusi kumpulan kpop terbaru, AB6ix.

Bercakap tentang album pertama kumpulan itu yang bakal dilancarkan pada 22 Mei 2019 bersama majalah Star1, Park Woo Jin menulis satu lagu rap berjudul ‘Breathe’. “Saya menulis lirik berdasarkan rasa tak puas hati pada diri sendiri kerana tak mampu mencantikkan tarian kreografi sewaktu sedang berlatih keseorangan, ” katanya merujuk pada kandungan lirik lagu tersebut.

Park Woo Jin mengaku begitu gementar untuk bersiap sedia bagi mengadakan persembahan ‘showcase’ pertama bersama rakan-rakan AB6ix yang baru. “Ini kali pertama saya debut bersama mereka. Saya cuba perbaiki tarian dan kemahiran ‘rapping’ kerana saya mahu bagitahu orang lain siapakah ‘Park Woo Jin’,” katanya lagi.

Sebagai pelatih senior Produce 101 musim ke-2, Park Woo Jin turut menasihati anak-anak muda yang menyertai Produce x101 supaya tak mudah berputus asa walaupun di tangga terbawah.

AB6ix dianggotai oleh Lee Dae Hwi, juga rakannya di dalam Wanna One serta tiga lagi artis baru yang bernaung di bawah label Brand Music Entertainment. Mereka akan mengeluarkan album pertamanya berjudul ‘B: Complete’ dengan lagu ‘Hollywood’ yang digubah oleh Lee Dae Hwi semasa di dalam Produce 101 dahulu sebagai salah satu single pertama mereka.

Sumber: IS Plus

loading...