Pernah bermasam muka kerana ladu, peristiwa 4 pagi jadi penyudah untuk Jimin berbaik semula dengan Taehyung BTS

Image may contain: 4 people, text

Jimin BTS mendedahkan dia pernah tidak bertegur sapa dengan Taehyung selama berminggu-minggu gara-gara makanan disebutkan sebagai ladu (“dumplings”).

Namun, peristiwa yang berlaku pada jam 4 pagi itu menjadi penyudah untuk mereka berbaik semula. Difahamkan, kelakuan Jimin yang sedang dalam keadaan terhuyung-hayang kemabukan selepas keluar minum bersama Suga telah dirakam oleh Taehyung dengan sengaja menyebabkan Jimin melupakan segalanya dan  berbaik semula dengan Taehyung sejak daripada itu. Taehyung kemudiannya menyimpan video tersebut dan seterusnya menggubah lagu ‘4 O’Clock’ berdasarkan peristiwa yang berlaku sejak 4 tahun yang lalu tersebut.

Lebih menarik lagi, cerita itu didedahkan ketika sambutan ‘Soulmate Day’ yang kebetulan berlangsung pada 9 June 2020 hari ini, menyebabkan tanda pagar #vmin mula tertular di cabang-cabang media sosial. Lagu ‘4’ O’clock’ itu pernah dilancarkan sewaktu menyambut ulang tahun BTS Festa pada 9 Jun 2017.

Sumber: Vlive

loading...