[Panas] So Ji Sub, lelaki idaman ramai ini SAH berpacaran dengan Jo Eun Jung

Wah, oppa ‘Hot’ idaman ramai ini akhirnya dilanda cinta sebenar!

Pada 17 Mei, portal berita News1 melaporkan bahawa So Ji Sub kini sedang bercinta dengan Jo Eun Jung, seorang wartawan yang muda 17 tahun daripada aktor tersebut

So Ji Sub dan Jo Eun Jung dikhabarkan pertama kali bertemu ketika wartawan menemuramah aktor tersebut sempena penayangan filem lakonannya “Be With You” menerusi rancangan SBS ‘Night of Real Entertainment’ pada Mac 2018. Dilaporkan keduanya sering bertemu secara tidak sengaja selepas itu sehinggakan hubungan mereka berkembang dengan baik.

Agensi So Ji Sub ; 51K Entertainment juga telah mengesahkan berita gembira ini dengan menyatakan, ” Memang betul, So Ji Sub dan Jo Eun Jung bercinta. Keduanya dilihat serius dalam hubungan cinta mereka. Bagaimanapun, kami tidak tahu sejak bila mereka mula bercinta kerana ia melibatkan privasi hidup artis itu,”.

Tidak lama selepas itu, So Ji Sub telah berkongsikan surat untuk para peminat menerusi Instagram agensinya. Beliau secara peribadi turut mengesahkan percintaannya dengan Jo Eun Jung.

So Ji Sub turut memohon maaf kerana tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal. Selain itu, beliau turut menulis tentang cinta hatinya Jo Eun Jung dengan menyatakan, “Saya telah menemui orang yang teristimewa dalam hidup saya,”. Aktor berkenaan juga berjanji akan bekerja lebih keras lagi di masa yang mendatang agar dapat menghidangkan sesuatu yang hebat untuk para peminat.

Berikut adalah perkongsian surat So Ji Sub

loading...