JYP beri amaran terhadap cubaan ‘mengendap’ Jackson Wang & GOT7 berterusan oleh peminat sasaeng

Agensi hiburan JYP yang mengendalikan kumpulan kpop GOT7 tadi mengeluarkan kenyataan amaran kepada segelintir peminat sasaeng yang telah mengganggu privasi setiap ahli kumpulan GOT7 dengan menyenaraikan beberapa tindakan peminat itu yang bakal mengundang tindakan undang-undang daripada pihak JYP.

Antara perbuatan keterlaluan yang dilakukan peminat sasaeng itu termasuklah menunggu ketibaan GOT7 di mana-mana tempat mereka akan berkumpul bersama seperti ruang latihan, rumah dan di hadapan bangunan JYP, mengikuti GOT7 kemana-mana saja dengan kenderaan sendiri, memperhatikan setiap gerak-geri ahli GOT7, mengikuti mereka sehingga ke lapangan terbang, serta apa-apa saja perbuatan yang mengundang kecederaan kepada ahli GOT7 seperti menolak seseorang semata-mata untuk bergambar bersama dengan GOT7.  JYP turut menyatakan sebarang tindakan mendekati seseorang dengan tujuan yang jahat atau membantu pihak ketiga di dalam perbuatan tak diingini ke atas GOT7 bakal diambil tindakan undang-undang.

https://www.instagram.com/p/BxHPVWAJH4Y/

Serentak dengan itu, Jackson Wang memuatnaik kenyataan rasmi JYP itu di laman sosialnya sebentar tadi selepas beberapa insiden-insiden melibatkan perbuatan peminat sasaeng yang keterlaluan berlaku sebelum ini. Terdahulu, Mark GOT7 pernah diekori rapat oleh seseorang peminat sasaeng tak dikenali sebelum memanggil peminat itu untuk mendedahkan identitinya dan Jackson Wang juga pernah hampir tercedera sehingga sakit punggung gara-gara tindakan peminat sasaeng yang keterlaluan.

Sumber: Instagram Jackson Wang