Kerana dituduh pernah menjadi ‘gangster’ sekolah, Produce X101 digesa singkirkan Yoon Seo Bin serta-merta

Pihak produksi Produce x101 digesa oleh sekumpulan netizen untuk menyingkirkan Yoon Seo Bin serta-merta daripada rancangan realiti ‘survival’ idol tersebut disebabkan khabar angin yang tertular di media sosial sejak semalam mengatakan bahawa dia pernah menjadi ‘gangster’ sekolah dan terbabit dalam kes buli, hisap rokok dan meneguk arak.

Pada 5 Mei yang lalu, seorang netizen telah meninggalkan komentar di laman forum maya mendakwa dia mengetahui perilaku sebenar pelatih baru Producex101 bernama Yoon Seo Bin sambil memuatnaik beberapa gambar tertuduh di sekolah menengah dahulu. Netizen itu mendakwa Yoon Seo Bin atau nama sebenarnya, Yoon Byung Hwi telah dibesarkan di bandar Gwangju dan dikenali sebagai seorang pembuli tegar. Yoon Byung Hwi juga didapati menghisap rokok dan meneguk arak sewaktu masih lagi remaja sekolah.

Walaubagaimanapun, seorang netizen lain yang mengaku rakannya di sekolah, menafikan bahawa dia pembuli seperti didakwa oleh netizen sebelumnya. Dia menegaskan, “Yoon Seo Bin mempunyai wajah yang garang kerana dahulu dia pernah melibatkan diri dalam kegiatan sukan olahraga. Dia bukannya pembuli,” kata rakannya itu. Agensi JYP yang menguruskan Yoon Seo Bin dan Mnet pula mengesahkan bahawa mereka akan menyiasat dakwaan netizen tersebut.

Akibat tularnya pendedahan tentang Yoon Seo Bin itu, sekumpulan netizen mendesak campur tangan pihak produksi Produce x 101 bagi menyingkirkan Yoon Seo Bin serta-merta. Mereka berkata, “Ia sudah jelas peserta tersebut tidak sesuai untuk projek idol… Perilakunya tak matang sewaktu masih mentah lagi dan jika ada yang pernah menjadi mangsa bulinya, maka ia akan jadi trauma buat diri mereka yang sukar untuk dilupakan.”

Sementara itu, wakil produksi Producex101, Ahn Jun Young bertindakbalas dengan berkata, “Saya sudah tiga kali menemui pelatih-pelatih baru ini dan sudah pun menguji mereka. Sebarang tingkahlaku pelatih di luar media sosial bukan dalam pengetahuan kami. Maka untuk kami ketahui lebih lanjut tentang diri mereka, kami akan hubungi agensi di mana pelatih ini dibawa masuk dan menemuduga mereka daripada situ.”

Sumber: sport mk, stars mbn, allkpop

loading...