Park Jae Min umum tak sabar-sabar untuk mendirikan rumahtangga tak lama lagi

Pelakon Park Jae Min yang pernah membintangi beberapa drama sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin tak lama lagi di dalam satu kenyataan mengejutkan di laman instagram miliknya sebentar tadi.

“Saya ingin beritahu bahawa saya juga mengimpikan seperti lelaki biasa di luar sana, bukan lagi sebagai pelakon. Saya sudah berjumpa gadis pilihan hati di mana saya boleh berkongsi ingatan cinta bersama. Saya mahu berkahwin ,” katanya yang begitu teruja.

Berdasarkan maklumat diberikan oleh agensi beliau, S Team Entertainment, gadis tersebut merupakan seorang yang bukan daripada kalangan selebriti yang dikenalinya sejak sekian lama.

Sebelum ini, desas-desus kuat mengatakan bahawa Park Jae Min pernah berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan marhaen selepas beliau bergurau di dalam program realiti tv SBS, ‘Pair’ pada tahun 2012. Kemudian, beliau tak muncul dalam mana-mana program hiburan setelah tercedera teruk dan dikatakan sedang memencilkan dirinya di sebuah tokong tak dinamakan selama empat tahun. Antara drama lakonannya termasuklah KBS King’s Face dan SBS Son In Law’ Husband selain bergiat aktif sebagai pengulas sukan pelapik salji (‘snowboard’) di dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2018 lepas.

https://www.instagram.com/p/BxFcse5JU0k/

Sumber: tv report

loading...