Jungkook BTS hampir bercucuran air mata menghayati ‘Without Me’ yang penuh beremosi dari Halsey

Bukan saja Halsey mengagumi BTS sebagai salah seorang peminat Army dan juga menganggap mereka sebagai rakan selebriti terdekat, tetapi rupanya BTS juga meminati Halsey secara diam-diam.

Reaksi BTS terhadap persembahan ‘Without Me’ nyanyian Halsey di pentas Biilboard Music Awards 2019 tadi dapat dilihat sewaktu kamera diacukan ke arah BTS yang sedang duduk menghayati persembahan Halsey tersebut. Kelihatan Jungkook (Jeon Jungkook) bergenang air matanya dan peminat sempat menerkap reaksi wajah penyanyi maknae kumpulan BTS itu yang tular di media sosial sejak pagi tadi. Halsey membuat persembahan solonya dengan diriingi seorang penari sebelum dia berdansa bersama dengan penari itu sambil menyanyi.

 

 

Selepas itu, Halsey dan BTS turut melakukan persembahan duet, ‘Boy With Luv’ bersama buat pertama kali yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik sejak lagu itu dilancarkan pada dua minggu lepas. Dari persembahan solo yang penuh beremosi, kali ini Halsey turut sama menari mengikut gaya koreografi BTS dan kelihatan dia begitu teruja sehingga akhirnya bertentang mata dengan Jimin (Park Ji Min) , melepaskan kucupan mesra tak bersentuh kepada Jin (Kim Seok Jin) dan juga meletakkan tangannya di atas bahu Jungkook.

Biilboard Music Awards 2019 tadi menyaksikan BTS menggondol dua anugerah daripada dua kategori yang dicalonkan iaitu Top Duo/Group dan Top Social Group. Lebih manis lagi, BTS turut mencipta rekod tersendiri apabila menjadi kumpulan ‘boyband’ pertama meraih anugerah ‘Top Social Group’ sebanyak tiga tahun berturut-turut, menumpaskan pesaing-pesaing terdekat seperti Ariana Grande, EXO, Got7, dan Louis Tolimson. Halsey tercalon dua anugerah iaitu Top Female Artist dan Top Selling Artist walaupun gagal memenanginya. Drake pula meraih 12 anugerah yang ditawarkan tadi menjadikan artis pertama yang membawa pulang 27 trofi secara keseluruhan daripada Biilboard Music Awards.

Sumber: Billboard News , Time , bbc

loading...