tvN My Mister tewaskan jtbc Sky Castle & tvN Mr Sunshine raih Drama Terbaik 55th Baeksang Art Awards

Anugerah Baeksang ke-55 telah pun melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan drama tvN My Mister dinobatkan sebagai Drama Terbaik dan pelakon veteran Kim Hye Ja diberikan daesang di atas lakonannya yang mantap  di dalam jtbc Light in Your Eyes.

Ini merupakan drama kedua arahan Kim Won Suk memenangi drama terbaik selepas tvN Signal pada tiga tahun yang lalu. Walaupun Kim Won Suk tak merangkul anugerah Best Director, tapi penulis skripnya, Park Hae Young membawa pulang anugerah Best Screenplay lantas mengulangi sejarah pada tiga tahun lalu juga di mana Kim Eun Hee turut merangkul anugerah yang sama untuk tvN Signal. Park Hae Young juga membolot anugerah yang sama di dalam 7th CARI Kdrama Awards yang lalu. Manakala, anugerah Best Director pula diberikan pada Jo Eun Tak di atas kesungguhannya mengarah drama satira jtbc Sky Castle dengan baik sekali sehingga mencipta rekod rating tertinggi untuk drama keluaran cenel kabel.

Anugerah Daesang kali ini diberikan pada pelakon veteran Kim Hye Ja (jtbc Light in Your Eyes/ Radiant). Dalam menerima anugerah tersebut, Kim Hye Ja berkata, “Saya sebenarnya sudah betul-betul bersedia berlakon dengan baik untuk menerima penghargaan tertinggi ini.  Ya, engkau memang layak (merujuk pada dirinya).”

Untuk kategori Best Actor dan Best Actress Drama pula masing-masing diraih oleh pemenang Best Actor 7th CARI Kdrama Awards yang lalu iaitu Lee Byung Hun (tvN Mr Sunshine) dan Yeom Jung Ah (jtbc Sky Castle). Semasa menerima anugerah tersebut,  Lee Byung Hun berkata “Dalam kedinginan musim salju, semua orang menderita dan bekerja keras,” sekaligus merangkul anugerah tersebut untuk kali keempas selepas KBS Son of The Wind, SBS All In dan KBS Iris serta mencipta rekod sebagai aktor pertama berjaya berbuat demikian. Yeom Jung Ah pula hanya melahirkan rasa syukurnya di atas penghargaan tersebut.

Kim Byung Chul (jtbc Sky Castle) dan Lee Jung Eun (jtbc Light in Your Eyes) masing-masing dianugerahkan Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress manakala IU dan Do Kyung Soo turut membawa pulang Popular Actress & Popular Actor membuktikan populariti mereka sebagai pelakon. Do Kyung Soo (tvN 100 Days My Prince) juga adalah pemenang Popular Actor di dalam 7th CARI Kdrama Awards yang lalu untuk drama yang sama.

Baca lagi : Lima aktor & aktres berbakat ini berentap merebut Best Actor & Best Actress untuk 55th Baeksang Art Awards pada hari ini

IU menerima anugerah Popular untuk pelakon wanita. IU juga tercalon dalam kategori Best Actress.

Anugerah Baeksang ke-55 kali ini diacarakan oleh Park Bo Gum dan Shin Dong Yup.

Sumber : Naver

loading...