Park Yoo Chun dibasahi hujan rahmat ketika diberkas polis tadi atas dakwaan hisap syabu secara haram

Tak mampu lagi mengelakkan dirinya daripada didakwa atas kesalahan menyalahguna dadah secara haram bersama bekas tunangnya, Hwang Hana, Park Yoo Chun akhirnya diberkas polis petang tadi setelah permohonan waran tangkapan telah diluluskan oleh mahkamah sebaik saja ujian dadah dilakukan ke atas rambut atau bulu tubuhnya tempoh hari dibuktikan positif .

Dengan tangan yang bergari, Park Yoo Chun yang kelihatan mewarnakan rambutnya sempat memandang ke arah langit apabila hujan turun membasahi bumi. Beliau diring oleh polis untuk didakwa di Mahkamah Seksyen Daerah Suwon kerana menggunakan dadah jenis syabu bersama-sama dengan Hwang Hana secara haram.

Sebelum ini, Park Yoo Chun pernah menafikan bahawa beliau pernah menghisap dadah bersama-sama Hwang Hana di dalam satu sidang media. Namun, selepas dilakukan ujian dadah ke atas dirinya dan waran geledah beberapa hari lepas, Park Yoo Chun tak mampu lagi melindungi dirinya. Hal ini mendesak pihak pengurusannya, C-Jes Entertainment untuk mengusirnya keluar dari JYJ  dan mengumumkan persaraannya berdasarkan janji dibuatnya hari itu.

Sumber : hankookilbo , insight

loading...