[Berita @China] ‘Remake’ KBS Sungkyunkwan Scandal, “In A Class of Her Own” dibintangi Song Weilong & Ju Jingyi

Debaran menanti untuk menyaksikan drama terbaru ‘In A Class of Her Own’, yang merupakan adaptasi kepada drama korea KBS Sunkyunkwan Scandal. KBS Sunkyunkwan Scandal pernah mencetuskan hallyu suatu masa dahulu kerana kesemua pelakon-pelakonnya, Park Yoo Chun (idol kumpulan JYJ sebelum terbabit dalam berbagai-bagai skandal baru-baru ini) , Song Joong Ki (pelakon KBS NIce Guy & KBS Descendants of The Sun sebelum berkahwin dengan Song Hye Kyo) , Yoo Ah In (pelakon SBS Six Flying Dragons dan tvN Chicago Typewriter sebelum mekar di dalam bidang perfileman) dan Park Min Young (ratu komedi romantik yang sekarang popular dengan tvN What’s Wrong With Secretary Kim dan tvN her Private Life)  berjaya dalam bidang masing-masing.

Produksi China telah menyimpulkan barisan pelakon untuk drama versi mereka pula dengan memancing pelakon-pelakon yang boleh tahan kacak dan cantik seperti Ju Jing Yi, Song Weilong, Bi Wenjun dan Wang Ruichang. Menurut portal huanqiu, majlis pengumuman ‘In A Class of Her Own’ itu diadakan di set penggambaran Xiangshan Film and Television City  dan menampilkan kesemua barisan pelakon termasuklah Song Weilong dan Jung Jingyi.

Dari kiri : Ju Jing Yi & Park Min Young
Dari kiri : Song WeiLong & Park Yoo Chun
Dari kiri : Song Joong Ki & Bi Wenjun
Dari kiri : Yoo Ah In & Wang RuiChang (Richard Wang)

 

Versi China, ‘In A Class of Her Own’ ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Xue Wenyu (dilakonkan oleh Ju Jingyi) menyamar jadi lelaki untuk memudahkan dia memperolehi dan meniru buku-buku tersebut bagi menampung keperluan hidup. Masyarakat China (dan Korea) pada zaman pemerintahan beraja mengamalkan cara fahaman Conficius di mana golongan lelaki diutamakan untuk mendapat pendidikan sejak kecil lagi, maka lelaki lebih berpeluang untuk belajar dan menduduki peperiksaan berbanding wanita.

Pada suatu hari, Xue Wenyu terserempak dengan anak seorang bangsawan Yunxiang, Feng Chegjun (dilakonkan oleh Song Weilong) yang tak tahu-menahu tentang jantina sebenarnya dan mengajaknya menyertai Akademi Yunshang, sebuah markas ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan dan mereka yang berjaya dalam peperiksaan untuk belajar bersama. Xue Wenyu dan Feng Chengjun bertemu dengan dua orang lagi pelajar Akademi Yushang, Yusha Yule (dilakonkan oleh Bi Wenjun) dan Lei Zexin (dilakonkan oleh Wang Ruichang)  lalu membentuk satu kumpulan dipelopori empat orang anak-anak muda.

Berdasarkan sinopsis awal ini, Ju Jing Yi akan memegang watak yang pernah dibawa Park Min Young di dalam KBS Sunkyunkwan Scandal, seperti juga Song Weilong yang menggantikan Park Yoo Chun. Song Weilong yang telah mencairkan hati peminatnya dengan lakonan di dalam drama ‘Untouchable Lovers’ akan bergandingan dengan Ju Jing Yi yang terkenal dengan lakonan di dalam ‘Legend of Yunxi’ dan ‘The Legend of White Snake’. Bi Wenjun pula merupakan ahli kumpulan idol pop China, NEX7 yang lahir daripada program realiti ‘spin-off’ Produce101, iaitu ‘Idol Producer 2’ manakala Wang Ruichang pula pernah berlakon di dalam drama ‘Eternal Love’ sebelum ini.

Drama ini boleh ditonton menerusi aplikasi @iqiyimalaysia setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu jam 8.00 malam.

Sumber: huanqiufanyes 

loading...