Hyeri dari kumpulan Girls Day telah memeterai kontrak perjanjian dengan syarikat agensi yang memfokuskan pada bidang lakonan sebagai keutamaan setelah kontraknya bersama Dream T Entertainment tamat pada Januari 2019.
Menurut donga news, syarikat berkenaan yang tak dinamakan itu merupakan agensi bebas dan subsidiari kepada syarikat agensi hiburan sedia ada. Hyeri dijangka akan menumpukan sepenuhnya di dalam bidang lakonan bertepatan dengan minatnya sejak mula menceburi industri hiburan. Antara drama lakonan Hyeri termasuklah tvN Reply 1988 bersama Ryu Jun Yeol dan Park Bo Gum yang membuatkan namanya mula meniti di bibir masyarakat, terutamanya dalam kalangan penonton drama korea.
Teman wanita kepada Ryu Jun Yeol ini juga sedang mempertimbangkan drama tvN Miss Lee sebagai projek yang seterusnya di mana beliau akan memegang watak seorang penyimpan kira-kira Lee Seon Shim yang berjaya mendaki hierarki di tempat kerjanya sehingga menjadi CEO. tvN Miss Lee bakal diarahkan oleh Ha Dong Hwa (“OCN Squad 38”) untuk tayangan pada pertengahan tahun ini.
Sumber : donga