Song Ye Jin & Hyun Bin bakal ‘diijabkabulkan’ di dalam drama tvN terbaru daripada penulis skrip Park Ji Eun ?

Siapa yang tak mahu melihat Song Ye Jin dan Hyun Bin sekali lagi dipasangkan di dalam drama romantik terbaru setelah gandingan serasi mereka bersama di dalam filem Negotiation sekian lama dahulu telah mendatangkan gosip liar kononnya mereka sedang bercinta di dunia sebenar. Kedua-duanya dikatakan masih sedang meneliti lagi tawaran drama hasil garapan penulis skrip Park Ji Eun yang dirahsiakan jalan ceritanya dan tak diberikan judulnya lagi daripada pengetahuan pihak media sejak diwar-warkan dua minggu lepas.

Kekembalian pasangan Son Ye Jin dan Hyun Bin ke layar emas pula membuatkan penulis terkedu dan berasa dejavu kerana jika diamati kisah yang lalu, Jung Ji Hyun dan Kim So Hyun pun pernah menunjukkan keserasian bersama di dalam filem The Thieves, sebuah filem bercorakkan aksi ‘thriller’ sebelum mereka memilih untuk disatukan di dalam drama romantik, SBS My Loves From The Stars. Hasilnya, drama tersebut meraih ‘ratings’ yang sangat tinggi selain meraih kemenangan Drama of The Year dan Best Actress menerusi lakonan bersahaja Jung Ji Hyun di dalam 3rd CARI Kdrama Awards. Kebetulan, penulis skripnya ialah orang yang sama iaitu Park Ji Eun. Malah, filem ‘Negotiation’ juga adalah bergenre aksi ‘thriller’ seperti juga The Thieves. Mungkinkah magik yang sama bakal berlangsung di dalam drama romantik terbaru nukilannya nanti?

Apapun, sekiranya mereka mengesahkan membintangi drama ini, ia sudah pasti akan membuatkan peminat drama korea semakin tak sabar menanti. Hyun Bin yang baru saja selesai membintangi drama tvN Memories Alhambra bergantungan antara kehidupan visual maya dan realiti, akan bergandingan dengan pelakon bergred A, Son Ye Jin yang terkenal dengan drama jtbc Something In The Rain pada tahun lepas sehingga meraih pencalonan Best Actress dan Popular Actress di dalam 7th CARI Kdrama Awards.

Sumber: OSEN

loading...